Saturday, April 30, 2011

Ilmu Jalanan


Malam ini gua tak dapat tidur. Tiba-tiba gua rasa nak casting. Jam baru pukul 2 pagi. Gua ambil jam yang tergantung di bilik gua lalu gua pusing jarumnya jadi pukul 7 pagi. Tiba-tiba suasana gelap bertukar cerah. Bukan semua orang dapat lakukan seperti gua lakukan. Gua ada ilmu belajar dari seorang guru di kampung gua. Guru gua lagi hebat, beliau boleh hidupkan motor guna air paip saja. Nak kenal siapa guru gua?

Baiklah. Biar gua cerita dulu siapa guru gua itu. Beliau dikenali dengan nama Tok Hassan. Orang yang berasal dari Pasir Mas kebanyakan kenal dengan beliau ni. Nak jadi cerita satu malam beliau terserempak seorang pemuda yang sedang menolak motor. Beliau tanya kenapa tolak motor dan pemuda itu jawab motor habis minyak. Beliau kemudiannya bergegas cari botol kosong dan mengisinya dengan air paip lalu dituangkan kedalam tangki minyak motor pemuda terbabit. Dia kemudiannya menyuruh pemuda itu menghidupkan motornya. Dan dengan izin Allah motor itu hidup seperti sedia kala. Beliau berpesan kepada pemuda itu supaya jangan buka tangki minyak sampailah ke tempat yang ingin dituju. Sampai ke tempat yang dituju pemuda itu berasa pelik dan ingin tahu apa yang dituang ke dalam tangki motornya lalu dibuka. Selepas itu motor tersebut tidak dapat dihidupkan semula.

Ok. Cerita Tok Hassan itu adalah cerita benar dan cerita gua pula tipu semata-mata. Gua bukanlah anak murid beliau bahkan gua sendiri pun tak pernah jumpa beliau. Tapi inilah ilmu gua. Ilmu Pem-Bau-Hung yang gua belajar dari seorang kenalan berbangsa Cina di Perak dulu.

Gua, Pali dan Poman sedang menaiki kereta menuju ke lokasi yang bakal kami gempur sebentar lagi sebelum tiba-tiba kereta Poman berhenti tiba-tiba. Bila diperiksa rupa-rupanya kereta beliau kehabisan minyak. Gua dengan pantas mencari sebiji botol kosong lalu diisi dengan air lombong dan dituang ke dalam tangki minyak kereta Poman. Dengan automatiknya kereta Poman dapat dihidupkan kembali dan bergerak seperti biasa. 

Di lokasi pancingan kami casting bertalu-talu. Gewang jatuh ke atas air bagai hujan turun mencurah-curah. Namun kami tetap kumpau. “Mana perginya semua ikan ni” bisik gua sambil tangan masih menghayun joran. 

Ketika ini gua lihat Pali dan Poman sedang berehat di bawah sebatang pokok. Gua biarkan mereka. Gua masih memerah otak memikirkan apa yang tak kena. Gua mencari idea. Tiba-tiba gua teringatkan satu petua orang-orang tua di kampung gua amalkan.

Kata orang-orang tua kampung gua, ikan ni kalau pagi-pagi nak kena kejutkan baru mereka makan. Macam kita juga selalu kena kejutkan oleh mak kita supaya makan sarapan. Kalau mak kita selalunya dia kejut dengan cara tepuk-tepuk atau goncang-goncangkan tubuh kita. Betul tak?

Gua pun lantas letak joran dan duduk di gigi air. Dengan kedua-dua belah tapak tangan, gua tepuk tangan gua di permukaan air sambil berkata “ Nak, bangun nak. Bangun makan pagi” ala-ala seorang ibu yang penyayang gitu.    

Kemudian gua sambung casting. Pali dan Poman juga sambung casting. Tak sampai 10 minit, Poman akhirnya berjaya mendapatkan lesen pada pagi itu. Tewas seekor ikan lohan menggunakan spin-fly. Wah, nampaknya petua orang-orang tua kampung gua terbukti benar dan berkesan!

Tidak lama kemudian, Pali pula berjaya menjinakkan seekor peacock bass menggunakan X-rap Glass Ghost. Selang beberapa ketika sekali lagi Pali berjaya menewaskan seekor lagi peacock bass dengan gewang yang sama. Gua semakin yakin dengan petua tersebut. Tidak sia-sia gua melepak di kedai kopi mak saudara gua bersama orang-orang tua di kampung gua. Dapat la cilok satu dua petua dari mereka. Meraka yang lebih banyak makan garam dari kita sudah tentu banyak ilmu-ilmu yang berguna. Tidak rugi jika kita melepak dan mengikuti mereka melakukan kerja-kerja harian mereka. 

Selepas itu, kami bertiga bergilir-gilir menaikkan ikan dari spesies lohan dan peacock bass. Walaupun tidak besar tapi sudah cukup memuaskan apabila ada ikan yang sudi membaham gewang-gewang yang disuakan. Penat casting kami mengambil roti yang dibawa sebagai bekal dan dijadikan umpan untuk memancing ikan dengan teknik ‘bottom’. Kami menukar agenda kepada bottom untuk menghilangkan penat casting. Sambil-sambil menunggu ikan menggetus umpan, kami dapat berborak-borak serta merancang masa depan. 

Setelah mengenal pasti masa depan yang bakal kami tempuh, kami sepakat untuk menamatkan sesi pancingan kami pada hari ini. Pesanan gua kepada saudara dan saudari di luar sana, ilmu itu ada di mana-mana saja dan tidak semestinya di dalam kelas atau di dalam buku semata-mata.  Setiap perjalanan yang kita lalui itu penuh dengan ilmu di kiri kanan kita. Setiap orang yang kita jumpa itu boleh menjadi medium ilmu bagi kita jika kita bijak mengambil kesempatan. 

Apa yang pasti, hari ini gua berjaya memantapkan salah satu ilmu gua iaitu ilmu Pem-Bau-Hung. Semoga berjumpa lagi di lain masa. Semoga anda mendapat keberkatan dalam setiap ilmu yang dipelajari.

 “Tuntutlah Ilmu dari Buaian Sehingga ke Liang Lahad”.    

Poman memecahkan kebuntuan dengan seekor lohan dengan teknik spin-fly

lesen pb pertama pada hari itu dengan rapala x-rap GG

tersenyum kawan kita dapat lesen pb. Juga dengan teknik spin-fly

pb kedua Pali masih lagi dengan x-rap GG

mask of zorrow dengan pb tunggal beliau pada hari itu. pb ini diperdayakan dengan gewang strike pro. murah namun begitu berkesan untuk pb

anak toman sesat bantai gewang yang dsuakan kepada pb

hasil bottom setelah penat casting seekor ikan patung atau ikan kepar

memancing sambil bersantai

jelawat pun ada tapi bersize agak kecil. Memadai untuk memancing secara santai

Monday, April 18, 2011

Teka-teki Ikan Sebarau


Hari ni gua nak bagi satu teka-teki kepada korang semua. Siapa dapat jawab gua bagi hadiah. Nak tahu apa hadiahnya sila private message gua. Sila pasang mata betul-betul. 

“Ikan apa yang rupanya macam sebarau tapi kepalanya bulat macam belon?”

Oh ya, sebelum tu,gua nak perkenalkan dulu rupa paras ikan sebarau ni. Ikan ni merupakan antara ikan yang terhensem di kalangan spesies-spesies ikan yang ada di muka bumi ini. Bibirnya agak tebal ala-ala Angelina Jolie gitu. Tubuhnya pula agak sasa dengan otot-otot yang tegap. Sebab itulah ikan ini menjadi buruan pengilat-pengilat tegar. Bila dah kena gewang belum tentu dapat menewaskannya. Beliau akan berjuang habis-habisan untuk melepaskan diri. Dan kerana itu jugalah banyak kes mata kail terkangkang bila gewang dibantai spesies ini. 

Untuk mengenali ikan sebarau ini agak mudah. Ekornya berwarna oren tetapi hitam di setiap hujungnya. Selain itu, ikan ini mempunyai satu belang tunggal di tengah-tengah badannya. Ciri-ciri ini adalah yang paling mudah untuk membezakannya dengan ikan-ikan lain. 

“Masih tak dapat beza?”

Ok lah. Gua bagi korang tengok gambar ikan sebarau dekat bawah ni. Sebarau ni sahabat gua, Iwe yang dapat baru-baru ini. Beliau di gelar ‘sebarau hunter’ kerana begitu obsess dengan spesies belang tunggal ini. Beliau juga amat mahir dalam menjejak dan menjinakkan spesies ini sehingga di gelar ‘otai sebarau’.

Sekarang, ikan sebarau sudan pun kenal. Jadi, silalah jawab teka-teki gua tadi.


rupa paras ikan sebarau

close-up gewang yang digunakan, rapala skitterpop FT

1.05 kilogram only!

Oleh sebab korang tidak dapat menjawab teka-teki gua di atas, biarlah gua bagi jawapannya. 

Jawapannya adalah ikan sebarau pakai helmet.

Oleh sebab tiada seorang pun yang dapat jawab dengan betul, maka hadiah yang ditawarkan dengan automatiknya menjadi milik gua. Semoga berjumpa lagi.Chow!

Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan


Mengikut kamus dewan, pelihara bermaksud sebagai membela, menjaga, dan merawat. Manakala pulihara pula membawa maksud memulihkan dan melindungi sesuatu supaya sentiasa berada dalam keadaan baik. Usaha pemeliharaan dan pemuliharaan pula adalah rancangan serta pelaksanaan yang dilakukan untuk tujuan tersebut. 

Dalam konteks dunia pancing, usaha pemeliharaan dan pemuliharaan adalah bertujuan untuk memastikan kesinambungan dan kelestarian habitat serta spesies ikan di habitat tersebut sentiasa berada dalam keadaan baik dan tidak diancam kepupusan. 

Pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan habitat dan spesies ikan-ikan tertentu di habitat liar mereka terjamin termasuklah pelaksanaan santuari, memperkenalkan sistem TAGAL, dan juga memperkasakan amalan tangkap dan lepas.   

Negara Barat

Alangkah bagus jika negara kita dapat mencontohi negara-negara barat yang bukan saja maju dari segi sains dan teknologi malahan juga dari segi minda. Jika dilihat melalui tayangan saluran Astro seperti National Geographic, Animal Planet dan seumpamanya, program-program pemeliharaan dan pemuliharaan yang dijalankan mereka begitu berkesan dalam mendidik rakyat mereka supaya bersama-sama menjaga ekosistem alam di tempat mereka. 

Contoh yang paling mudah yang dapat diambil adalah melalui kegiatan perikanan. Mereka telah berjaya mewujudkan sektor perikanan yang begitu sistematik. Untuk menuai hasil laut, kerajaan mereka telah menetapkan undang-undang di mana terdapat kawasan-kawasan tertentu sahaja yang dibenarkan untuk menangkap ikan serta pada masa-masa tertentu sahaja. 

Walaupun ia telah termaktub dalam perundangan, mereka bukan sahaja tidak melanggar arahan-arahan tersebut malah sentiasa membuat kajian demi kajian untuk memastikan kesinambungan habitat serta penghuni laut mereka terpelihara.     

Bukan nak merendahkan bangsa sendiri tapi itulah hakikatnya yang berlaku di kalangan orang-orang kita yang rata-ratanya masih di takuk yang lama. 

Dahulu & Sekarang

Cuba imbas kembali potensi  padang-padang pancing yang ada di negara kita ini 10 tahun dahulu berbanding sekarang. Bagi yang pernah bertandang ke lokasi-lokasi pancingan yang tersohor seperti Tasik Kenyir, Tasik Banding atau Temenggor sudah pasti anda dapat merasai perbezaannya. Bagaimana pula untuk 10 tahun yang akan datang?

Kita tidak perlu pergi jauh untuk melihat perbezaananya. Sekarang, cuba lihat di tempat tinggal atau kampung masing-masing. Suatu masa dahulu pelbagai jenis ikan dapat diperolehi dengan mudah di kawasan sekitar kampung. Haruan, puyu, keli, sepat dan sebagainya. Tapi, ke mana menghilangnya semua ikan-ikan ini sekarang?. 

Saya sendiri pernah mengalaminya ketika zaman kanak-kanak dahulu. Haruan sebesar 1-2 kilogram adalah perkara biasa jika terkena pancing atau tajur di tali air belakang rumah. Apatah lagi ikan-ikan seperti lampam, baung, selat dan berbagai jenis lagi begitu banyak sekali. Boleh dikatakan setiap hari penduduk kampung akan mejalankan aktiviti perikanan di tali air ini sama ada memancing, menjaring, menjala dan yang paling menyedikan adalah menuba. Dan ikan-ikan yang diperolehi tidak kira besar atau kecil sudah semestinya akan di bawa pulang. Lama-kelamaan, ikan-ikan di tali air ini hampir tiada sama sekali sehinggakan nak dapatkan seekor ikan lampam pun susah. 

Justeru, jika keadaan sama masih berlaku, sukar untuk kita bayangkan apa yang akan berlaku terhadap padang-padang pancing di negara kita suatu hari nanti. Tiada siapa yang rugi melainkan diri kita sendiri dan anak cucu kita nanti. 

Tangkap & Lepas

Bagi kaki-kaki pancing, mereka telah pun dicanangkan dengan amalan tangkap dan lepas, ‘selected harvest’ dan yang paling dibanggakan adalah ‘tagging’ yang dijalankan oleh sekumpulan pemancing tempatan. Tujuan semua usaha ini dibuat adalah untuk mengekalkan populasi ikan-ikan yang ada demi untuk generasi yang akan datang. 

Namun begitu, tidak semua kaki pancing dapat mengikutinya dengan baik. Masih ramai lagi yang tidak menyedari kepentingan amalan ini. Kebanyakan mereka beranggapan bahawa apa gunanya buang masa berjam-jam jika ikan yang berjaya diperolehi dilepaskan semula. 

Sebenarnya, bukanlah tiada ikan langsung yang boleh diambil pulang. Sebab itulah wujudnya amalan yang dipanggil ‘selected harvest’ atau penuaian terpilih. Ikan-ikan yang diambil seharusnya mengikut keperluan dan tidak berlebih-lebihan. Cukuplah sekadar mengambil ikan untuk dimakan sewaktu trip. Jika ingin dibawa pulang ke rumah, ambillah sekadar untuk ahli keluarga merasai ikan tersebut dan bukanlah untuk dibuat stok dalam jangka masa yang panjang. 

Selain itu, kita juga haruslah melakukan amalan penuaian terpilih dari segi umur dan size ikan yang dipancing. Bagi ikan-ikan yang masih kecil dan belum cukup tempoh matang, seharusnya dilepaskan kembali. Begitu juga dengan ikan yang bertaraf induk yang telah mampu mengeluarkan telur juga harus dilepaskan kembali demi untuk memastikan spesies ikan tersebut mampu berkembang dan tidak pupus.

Usaha Bersama

Dalam keadaan yang sedang berlaku sekarang, kita tidak boleh lagi menunding jari kepada mana-mana pihak. Kita tidak boleh lagi mengharapkan hasil usaha pihak tertentu sahaja. Tanggungjawab ini seharusnya dipikul oleh semua individu terutamanya kaki-kaki pancing jika mereka menyayangi hobi hanyir mereka ini. 

Antara usaha yang paling mudah untuk dilakukan oleh kebanyakan kaki pancing pada pengamatan saya adalah mendidik generasi baru atau orang yang baru berjinak dalam dunia pancing untuk mengamalkan tangkap, gambar, dan lepas. Ini termasuklah anak-anak kita, adik-adik kita, dan sahabat handai kita yang baru berjinak-jinak dengan dunia pancingan. Jika dilatih dari awal, mereka akan lebih cenderung untuk melakukan perkara yang sama di kemudian hari. Bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Hakikatnya, perkara yang paling penting dalam merealisasikan impian ini adalah kita sendiri yang perlu mengamalkannya dengan ikhlas. Bukanlah melakukannya untuk menunjuk-nunjuk ketika trip memancing bersama ‘selebriti-selebriti pancing tanah air’, takut dikutuk rakan-rakan yang mengamalkannya, atau melakukannya supaya mendapat ‘title pro’. Kita sepatutnya melakukan dengan perasaan penuh rela walaupun ketika kita memancing berseorangan. 

Harapan 

Andai kesedaran ini timbul dari dalam diri setiap individu, tidak mustahil negara kita mampu menjadi seperti negara-negara barat atau timur yang begitu maju dalam industri pancingan mereka sehingga mampu menjana pendapatan sehingga berbillion dollar. 

Sebelum ini, saya pernah mendengar rungutan dari seorang kawan yang belajar di sebuah negara barat. Beliau merungut apabila memancing di sini kerana begitu sukar untuk mendapatkan ikan walaupun seekor. Begitu berbeza dengan negara yang beliau sedang menuntut ketika itu kerana acara mengilat boleh dilakukan di dalam parit di tepi-tepi rumah sahaja dengan jumlah ikan yang banyak. 

Jika kita bersatu padu bersama-sama menyahut seruan ini, mungkin suatu hari nanti negara kita akan menjadi sebuah negara yang terkenal dengan padang pancing yang terbaik di dunia. Jika mereka begitu menyanjungi large mouth bass, apa kurangnya sebarau dan toman di negara kita. Rasanya, kedua-dua spesies ini mempunyai daya juang yang lebih kuat lagi berbanding large mouth bass mereka. Cuma yang menjadi kelemahannya adalah ikan di tempat kita begitu kurang jumlahnya berbanding di tempat mereka. 

Oleh itu, harapan menggunung dipanjat agar semua pihak dapat menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam merealisasikan impian ini. Semoga usaha konservasi yang dicanangkan selama ini dapat diamalkan oleh semua pihak agar negara kita dapat menjadi lokasi pancingan yang terbaik di dunia. InsyaAllah!       

Anak toman yang masih mempunyai jalur di badan dituai dengan begitu banyak sekali. Inilah yang akan berlaku sekiranya kurangnya kesedaran di kalangan kaki pancing.

Sedih semasa melihat anak toman ini disiang. Rasanya anak ikan toman ini tidaklah sedap mana untuk dimakan jika dibandingkan dengan ikan kembung dipasar.Jika masih ramai lagi bersikap sedemikian, ikan toman mungkin akan pupus buat selama-lamanya.

Di usia sebeginilah kita wajar mendidik mereka untuk melakukan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan. Dan kita pula seharusnya menjadi contoh tauladan kepada mereka dan bukan sebaliknya.

Setiap kaki pancing sewajarnya mempraktikkan amalan tangkap dan lepas untuk menjamin kelestarian spesies ikan tempatan yang menjadi kebanggaan kita.

Sunday, April 17, 2011

Nelayan Part Time


Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Begitu nyaman sekali. Hari ini adalah hari pertama gua dan rakan-rakan memulakan kerja sebagai nelayan part time. Kami berborak di atas dek bot sambil menunggu tekong datang. Perasaan bercampur aduk antara gembira dan debar memandangkan ini adalah kali pertama gua bekerja di lautan luas. 

Bot meluncur laju membelah samudera. Daratan semakin kecil kelihatan. Sayup-sayup. Badan terasa terhuyung-hayang ketika berjalan apabila bot dilambung ombak. Mual. Pening. Seluruh badan terasa diseksa. Namun demi kerja terpaksa digagahkan juga. 

Tekong merangkap kapten memberi arahan. Gua mengadu dan meminta untuk berehat.” Hendak muntah”, kata gua. “Kamu mabuk laut”, jawab tekong sambil memberi dua biji pil Novomin kepada gua. Habis ditelan namun pening masih terasa. Semakin kuat. Hendak sahaja diluahkan segala isi perut tapi gua tahan. Tekong akhirnya memberi ‘green light’ membenarkan gua tidur. Yes, terima kasih Mister!

Gua bangun tidur. Kawan-kawan gua masih tekun bekerja. Gua malu pada mereka. Apa boleh buat, gua juga tidak mahu. Pulang ke jeti, gua tulis sepucuk surat dan bagi kepada tekong. “Surat apa?” tanya tekong. “Surat berhenti kerja”, jawab gua sambil berlalu pergi.  

bot nelayan setempat
kompleks Masjid Kristal
Masjid Kristal
ekspo di pesisiran pantai Batu Buruk
memikirkan cabaran yang bakal ditempuh
setelah berhempas pulas
Jimi, cuba bertahan sebelum turut sama tewas
rakan yang menimpa nasib yang sama
inilah bakal-bakal nelayan sejati
tekong sedang menaikkan aruan tasik
ibarat torpedo
pagi nan indah di tengah-tengah samudera
Edi dan aruan tasik
Ajis, bakal dinaikkan pangkat menjadi tekong muda
Pali, seorang nelayan yang dedikasi dengan kerja
fish -on
buntal pengacau
perut dikembungkan apabila terasa terancam
melengkung ditarik ikan
dari malam sampai pagi bekerja
"ikan tak makan biar aku makan"
begitu letih setelah semalaman bekerja

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left