Tuesday, May 31, 2011

Trip Khemah Kenyir

Ikutilah rentetan peristiwa ahli-ahli GLC berkhemah di Sungai Terenggan, Tasik Kenyir demi mencari si raja sungai, iaitu sang kelah.





























Tuesday, May 24, 2011

Peacock Bass Gadang Kandang Lembu

Peacock bass seberat 2.4 kg ini ditewaskan oleh tok guru gua aka Brader Mizi di port kandang lembu di Ipoh. Bukan senang nak jumpa spesies Monoculus segadang ini tambah-tambah di negara kita. Memang rarelah! Peacock bass ini ditewaskan oleh Brader mizi menggunakan gewang Storm Flutterstik yang sememangnya killer untuk spesies peacock bass. Bravo bro!

Peacock bass seberat 2.4 kg yang ditewaskan oleh brader Mizi ini menjadi rekod baru buat beliau dan juga bagi kami untuk dipecahkan.

Thursday, May 12, 2011

Cinta Pandang Pertama Tasik Kenyir

Lu pernah dengar Tasik Kenyir? Alah yang ada ikan arapaima harga RM 10,000 tu.  Kalau tak pernah jugak sah bukan orang Malaysia tapi warga Nepal ber-kad-pengenalan Malaysia. (Nanti jangan lupa undi parti saya ye).

Bagi spesies katak dalam kasut (sekarang susah jumpa tempurung sebab banyak santan segera), Tasik Kenyir merupakan sebuah Tasik buatan yang paling besar di Asia Tenggara. Keluasan tasik ini dikatakan lebih besar dari Negara Singapura. Terletak di Kuala Berang, Terengganu, Tasik Kenyir merupakan destinasi pelancongan dan juga padang pancing tersohor di tanah air. Tasik Kenyir merupakan tempat yang paling ideal untuk anda melupakan segala masalah. Sapaan mesra dari flora dan faunanya pasti akan membuatkan anda seolah-olah berada di alam yang lain. Dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan negeri seperti chalet dan ‘house bot’, Tasik Kenyir seharusnya menjadi pilihan anda untuk bercuti-cuti Malaysia. (dapat royalti tak tolong promosi?)

Lu duk promote-promote ni lu sendiri pernah pergi ke tak? Aiseyman, gua nak bagi tahu lu ni. Gua kalau sakit perut gua pergi berak Tasik Kenyir la der. 

Tahun 2009  merupakan trip pertama gua ke Kenyir bersama-sama sahabat sekolah lama gua. Untuk trip sulung ini kami menggunakan perkhidmatan ‘house bot’ Abang Latif. Trip ni sebenarnya trip ala-ala mini     reunion dengan budak-budak sekolah lama. Jadi trip ni bukanlan trip memancing semata-mata tapi lebih kepada santai dan bersuka ria. 

Dipendekkan cerita trip ni begitu epic dalam sejarah hidup gua. Maklumlah kali pertama masuk Tasik Kenyir, tambah pula dengan ke-best-an trip ini membuatkan gua jatuh cinta pandang pertama dengan Tasik Kenyir menyebabkan gua menjadikan Tasik Kenyir sebagai destinasi wajib gua setiap tahun apabila berkelapangan. 

Cerita banyak pun tak gua. Tak kenal maka tak cinta. Lu harus merasanya sendiri baru dapat memahami perasaan gua waktu menaip ini. Rasa nak pergi malam ini juga. Kepada sesiapa yang berminat untuk melakukan aktiviti melancong atau memancing ke Tasik Kenyir, anda bolehlah ke laman sesawang http://www.gokenyir.com/ atau pun menghubungi Saudara Ajis di talian 016-4103677 untuk maklumat lanjut.

Akhir kata, pilihlah destinasi pelancongan di negara sendiri. Negara maju rakyat sejahtera. Selamat melancong!    

























This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left