Friday, January 25, 2013

Haruan Sekitar Sungai Golok

Di sepanjang Sungai Golok bermula dari Jeram Perdah sehinggalah ke Kuala Jambu terdapat banyak parit, sawah padi, dan kolam-kolam tinggal yang menjadi kediaman bagi sang haruan. Bagi gua dan rakan-rakan caster yang lain, port-port di sini merupakan port regular yang sering dikunjungi jika mahu mengilat ikan haruan. Waktu terbaik untuk mengilat haruan di sekitar kawasan ini adalah selepas berakhirnya musim banjir.


Haruan yang ditewaskan di dalam parit kebun getah

Gewang katak Eupro masih menjadi gewang utama gua jika memburu haruan

Tidak padan dengan kecil, haruan ini mempunyai selera yang besar

Spinnerbait Booyah mempunyai renangan yang sangat cantik tapi besinya senang bengkok terutamanya jika terkena haruan bersaiz besar

Haruan ini menanamkan diri di dalam lumpur memaksa gua turun ke dalam air untuk melepaskannya

Haruan ini terpaksa di bawa balik kerana lukanya yang parah dan dikhuatiri akan mati jika dilepaskan kembali

Anak kura-kura dijumpai sewaktu mengilat

Ikan keli limbat, panggilan tempatan, di tangkap oleh orang kampung menggunakan jaring

Haruan yang di bawa balik akan di masak untuk keluarga yang tersayang


Monday, January 21, 2013

Toman Tasik Jeram Perdah

Toman Tasik Jeram Perdah mengganas lagi! Jika suatu masa dulu toman di sini dikatakan pasif membaham gewang akibat kejutan dari perbuatan mengaran dan mengebom, tapi percubaan gua dan beberapa orang rakan caster, Ab Apis, Syahrul, Saufi, Faiz, dan Amir baru-baru ini boleh dikatakan agak success. Dua ekor toman bersaiz 4kg dan 2.5kg berjaya kami tewaskan manakala beberapa sambaran lagi rabut. Trip susulan akan dibuat untuk menjinakkan lebih banyak toman-toman serta sebarau di sini!

Toman remaja seberat 2.5 kg ini tergoda oleh gelekan Rapala Taildancer


Induk toman seberat 4 kg berjaya dijinakkan oleh Saufi

Sang toman bersama set yang digunakan


Gewang Payo International keluaran negara Korea ini adalah salah satu gewang ekonomi yang efektif selain tahan lasak

Ular tikus (rat snake) yang melintas sewaktu kami sedang asyik mengilat

Saturday, January 12, 2013

Mengilat Musim Tengkujuh

Mengilat di kala hujan renyai-renyai dan kaki di hinggapi pacat dan lintah adalah satu pengalaman yang amat mengujakan. Sebarau dan haruan merupakan target utama bagi kaki-kaki casting sekitar Pasir Mas ketika musim tengkujuh tiba. Ketika ini, ikan terutamanya sebarau dikatakan akan lebih agresif berbanding biasa. Begitu juga haruan yang akan keluar dari jerumun persembunyiannya untuk memburu serangga atau katak yang terperangkap dek air yang melimpah.


Tasik Kwong, tempat yang pernah tersohor dengan toman-toman gadang suatu ketika dulu




Satu-satunya haruan yang tertewas sewaktu kunjungan ke Tasik Kwong ketika musim tengkujuh

Ular daun (Whip snake) ini dijumpai sedang berlingkar di dahan pokok rambai sewaktu dalam perjalanan ke Tasik Kwong

Haruan port Bakong. Haruan ini diambil oleh seorang sahabat untuk tujuan perubatan

Antara hasil di port Bakong

Ibu haruan yang membawa anak ini diperdaya dengan janggut di dalam parit kecil di depan bengkel motosikal

Satu-satunya sebarau yang tertewas ketika musim tengkujuh oleh Saufi menggunakan Siam Spoon.  Kebanyakan port-port tersohor sebarau sekitar Pasir Mas tidak dapat diakses akibat dari banjir

Jalan tanah yang tidak bertar menjadi lembik dan berselut menyukarkan perjalanan 

Paras air Sungai Kelantan melimpah merapati tebing yang paling tinggi


Haruan bersaiz begini amat di nanti-nantikan sewaktu musim tengkujuh

Haruan terbesar gua tewaskan semasa musim tengkujuh

Parit-parit kecik di dalam kebun getah menjadi sarang hendapan sang haruan



Lihatlah betapa gemuknya perut haruan ini menandakan banyaknya makanan untuk haruan semasa musim hujan


Saiz penghibur haruan bendang















This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left