Mengilat di kala hujan renyai-renyai dan kaki di hinggapi pacat dan lintah adalah satu pengalaman yang amat mengujakan. Sebarau dan haruan merupakan target utama bagi kaki-kaki casting sekitar Pasir Mas ketika musim tengkujuh tiba. Ketika ini, ikan terutamanya sebarau dikatakan akan lebih agresif berbanding biasa. Begitu juga haruan yang akan keluar dari jerumun persembunyiannya untuk memburu serangga atau katak yang terperangkap dek air yang melimpah.
|
Tasik Kwong, tempat yang pernah tersohor dengan toman-toman gadang suatu ketika dulu |
|
Satu-satunya haruan yang tertewas sewaktu kunjungan ke Tasik Kwong ketika musim tengkujuh |
|
Ular daun (Whip snake) ini dijumpai sedang berlingkar di dahan pokok rambai sewaktu dalam perjalanan ke Tasik Kwong |
|
Haruan port Bakong. Haruan ini diambil oleh seorang sahabat untuk tujuan perubatan |
|
Antara hasil di port Bakong |
|
Ibu haruan yang membawa anak ini diperdaya dengan janggut di dalam parit kecil di depan bengkel motosikal |
|
Satu-satunya sebarau yang tertewas ketika musim tengkujuh oleh Saufi menggunakan Siam Spoon. Kebanyakan port-port tersohor sebarau sekitar Pasir Mas tidak dapat diakses akibat dari banjir |
|
Jalan tanah yang tidak bertar menjadi lembik dan berselut menyukarkan perjalanan |
|
Paras air Sungai Kelantan melimpah merapati tebing yang paling tinggi |
|
Haruan bersaiz begini amat di nanti-nantikan sewaktu musim tengkujuh |
|
Haruan terbesar gua tewaskan semasa musim tengkujuh |
|
Parit-parit kecik di dalam kebun getah menjadi sarang hendapan sang haruan |
|
Lihatlah betapa gemuknya perut haruan ini menandakan banyaknya makanan untuk haruan semasa musim hujan |
|
Saiz penghibur haruan bendang
|
No comments:
Post a Comment