Wednesday, March 30, 2011

Satu Malam Gua Mimpi


Satu malam gua mimpi. Gua mimpi dapat isteri yang cun lagi seksi. Masa tengah sanding isteri gua tiba-tiba kena heart attack dan terus meninggal dunia. Gua terbangun dari tidur dan memeriksa telefon gua. Ada sms. Brader Chua mengajak gua casting di Air Kuning besok pagi. Gua balas bersetuju dengan ajakan tersebut.

Semasa menunggang motor gua asyik memikirkan mimpi gua semalam dan apakah petandanya. Akhirnya gua mengalah dan mengandaikan ia adalah mainan syaitan semata-mata. Maklumlah gua tidur bukannya reti nak basuh kaki. Sebenarnya gua bimbang bila mimpi melibatkan kematian ni. Tambah-tambah lagi isteri yang cun lagi seksi. Manalah tahu betul-betul terjadi bila gua kahwin suatu hari nanti. Siapa tak sayang bini oiiiii…keh3

Gua tumpukan perhatian gua pada casting. Casting dapat mengurangkan tekanan. Sesiapa ada masalah bolehlah cuba terapi casting sebab terbukti berkesan. Gua tidak lagi memikirkan tentang mimpi gua. Sambil casting gua dan Brader Chua sembang-sembang. Dari isu budak cuba bunuh diri di KB Mall membawa ke isu Datuk T. Tiba-tiba letupan besar meletus di permukaan air. Dog-X Brader Chua hilang dari pandangan mata. Joran melentur-lentur dihenjut sang ikan. Namun sang ikan bukanlah lawan kepada kekili Ryoga Brader Chua. Dengan mudah sang ikan berjaya ditarik dari dalam air dan dihela ke tepi. Seekor peacock bass berjaya ditewaskan. Lesen ikan pertama Brader Chua pada hari ini. Ikan dilepaskan kembali setelah dipotretkan.

Kami sambung agenda mengilat.  Matahari mula garang memancarkan sinar. Gua yang dah mula bosan mendendangkan lagu Tak Ku Sangka Tak Ku Duga nyanyian Apit & Appy Singapore. Sambil nyanyi satu per satu gewang dalam kotak gua cuba. Bosan dengan peacock bass yang sombong, gua ingin mencuba haruan atau toman. Gua selak kotak gewang dan ambil katak kayu berpropeller. Katak kayu dikarau sehampir yang mungkin dengan rumput-rumput tenggelam serta bangkar kayu. Tiba-tiba satu sambaran menghilangkan katak kayu gua dari pandangan. Sambaran betul-betul kena di tepi satu tunggul separa tenggelam. Bahaya kerana terlalu hampir dengan tunggul kayu gua ketatkan sikit drag dan mengawal larian sang ikan. Gua mati-mati ingat bapak haruan yang menyambar rupa-rupanya si toman rempit. Toman rempit pun toman rempit lah. Janji boleh layan. Ikan dilepaskan setelah dipotretkan. 

Gua berpindah port manakala Brader Chua masih setia dengan port beliau. Kali ini gua nak main popper. Gua guna 3D popper yang dibeli dikedai Abe Yie bersama Iwe Boodak Itam tempoh hari. Harap-harap ada la peacock bass gadang yang sudi. Gua pun popping bertalu-talu ke arah spot-spot yang gua rasa berpotensi. Gua lontar popper ke celah-celah rumput tenggelam. Sebaik sahaja popper gua melepasi kawasan rumput satu dentuman serta kocakan air yang besar dipermukaan air melesapkan popper gua. Gua tersentak seketika. Tangan gua terketar-ketar menahan asakan ikan. Gua boleh rasa ikan yang menyambar popper gua ini bersize monster dari lariannya. Kawasan tersebut padat dengan kayu-kayu tenggelam serta rumput. Gua berdoa dalam hati janganlah lucut kerana ikan ini mungkin boleh memecahkan rekod 52cm gua yang lalu. Sang ikan masih tidak menunjukkan tanda-tanda keletihan. Nak ketatkan drag lagi bimbang matakail cekang sebab gua pakai matakail original. Ikan semakin hampir. Gua nampak kelibat ikan serta bonjolan atas kepala melalui kacamata polarized gua. Sah monster! Hati gua berdebar-debar. Lebih kurang 3 meter jarak gua dengan sang ikan, beliau membuat pecutan akhir dan terlepas. Gua terduduk. Tangan gua masih terketar-ketar. Gua periksa matakail popper gua. Cekang! 

Gua berhenti casting seketika menenangkan hati gua sambil membuat analisa. Ketika itu juga gua teringatkan mimpi gua. Yes! Gua dah dapat jawab teka-teki mimpi gua. Cilakak Morpheus. Bagitahu je lah yang gua bakal lucut ikan rekod. Tak payah nak berkias-kias buat gua bimbang. Gua yang sudah tak ada mood nak casting pergi ke tempat Brader Chua. Rupa-rupanya beliau sudah berjaya menjinakkan dua ekor peacock bass dan seekor toman rempit. Memang sifu gua tak boleh lawan der. 

Gua pun cerita kepada sifu kejadian tadi. Beliau menyarankan gua supaya menukar treble hook kepada single hook supaya kadar ikan melepaskan diri lebih tipis walaupun kadar sangkutannya lebih rendah berbanding treble hook. Namun begitu, ‘we have to take a chance’. Jika kejadian seperti yang baru gua alami tadi berulang, tidaklah kita berputih mata. 

Tepat pukul 11 pagi kami pun berambus. 3 ekor peacock bass dan 2 toman rempit. Itu tak termasuk yang strike dan yang lucut. Not bad untuk 3 jam casting. Sebab itu kami sanggup datang jauh-jauh ke Air Kuning. Tapi kadang-kadang kumpau juga walaupun casting berjam-jam. Tapi walau apapun Air Kuning tetap terbaik buat kami setakat ini. Au revoir Air Kuning!     


lesen pertama Brader Chua



toman rempit gua. Janji layan beb
ikan kedua Brader Chua
toman rempit merangkap ikan ketiga Brader Chua
ikan keempat Brader Chua. Kali ini dengan spinfly

Thursday, March 24, 2011

Kolam Papan


Gua dan Jason selalu sembang pasal mancing dalam kelas. Jason ni seorang kaki pancing kolam yang tegar. Beliau banyak petua-petua dan rahsia-rahsia pemancingan kolam. Gua selalu diracun oleh beliau dengan cerita-cerita pancingan beliau yang lepas. Cerita sensasi patin Mekong 12 kg yang dinaikkan oleh salah seorang rakan Jason di kolam tersebut asyik terngiang-ngiang di telinga gua. 

Suatu hari gua dapat sms dari Jason mengajak gua memancing di kolam Papan. Besar tapak tangan, nyiru gua tadahkan. Selain gua dua orang lagi rakan Jason yang juga kenalan gua mengikuti kami memancing iaitu Jia Haur dan Jane. Mereka bukanlah kaki pancing tetapi mengikuti untuk merasai pengalaman memancing disamping merehatkan diri selepas penat menyiapkan projek akhir tahun. 

Sebelum ke kolam Papan, kami singgah di kedai feveret iaitu kedai FA Aquarium untuk membeli keperluan pancing seperti mata bom, dedak, dan sebagainya yang dirasai perlu untuk pancingan kolam. Kenapa ramai pemancing di kawasan Tronoh suka membeli barangan pancing di kedai ini kerana mempunyai banyak pilihan disamping harganya yang lebih murah berbanding kedai-kedai lain.  Selepas selesai membeli barang yang diperlukan, kami terus menuju ke kolam Papan. 

Gua yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke kolam Papan ini terpegun seketika dengan suasana di kolam ini. Terletak di kaki bukit membuatkan suasana petang di kolam ini sungguh nyaman sekali dengan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Keluasan kolam ini agak luas dengan airnya lebih jernih dari kolam-kolam pancing yang gua pernah pergi sebelum ini. Setelah membuat bayaran memancing untuk 3 jam kami pergi ke spot feveret Jason. Beliau bercerita tentang keberkesanan di spot tersebut pada kunjungan beliau yang lalu di mana beliau menaikakan rohu dan pacu mencecah belasan ekor!

Tugas membancuh dedak gua serahkan bulat-bulat kepada Jason. Gua manalah reti nak adun mengadun dedak ni. Dah macam nak buat kuih raya gua lihat dedak yang diadun oleh Jason menggunakan ramuan yang gua sendiri pun tak kenal dan tak reti nak sebut. Setelah siap semuanya dan diberi ‘green light’ oleh Jason, gua dan Jia Haur terus mengambil dedak adunan Jason tersebut dan diletakkan pada mata kail bom. Manakala Jane pula menjadi jurugambar kami. 

Sambil-sambil menunggu sang ikan melahap umpan, kami seperti biasa lepak-lepak sambil bersembang. Sementara itu, Jane berjalan-jalan di sekeliling kolam melihat pemancing-pemancing lain di kolam itu bertarung dengan sang ikan yang mengena pancing mereka sambil mengambil gambar. Inilah kelebihan sukan memancing, walaupun tiada ikan yang mengena pancing, tetapi dapat meluangkan masa bersama-sama rakan sudah dianggap memadai.  

Sedang asyik bersembang, joran Jia Haur melentur dan drag kedengaran nyaring dari mesin shimano FX beliau. Pantas disambar beliau. Beberapa ketika kemudian, terpancul lah seekor pacu keletihan di tepi kolam. Yes, jerit Jia Haur. Maklumlah ikan pertama dalam hidup beliau sebagai kaki pancing. 

Tidak lama kemudian, joran gua pula menjerit. Joran daiwa crossbeat gua melentur-lentur manakala kekili shimano aerlex memuntahkan tali ditarik oleh penghuni kolam. Setelah beberapa ketika perlawanan, seekor lagi pacu berskala sama berjaya ditewaskan. Bukan main gembira lagi gua. Ikan tidaklah besar mana tetapi tentangan yang diberikan sungguh mengujakan. 

3 jam memancing kami berhasil mendaratkan beberapa ekor pacu,rohu, n juga tilapia yang selalu dianggap pengacau oleh pemancing-pemancing kolam. Otai pancingan kolam Jason berjaya mendaratkan ikan paling banyak dari spesies pacu dan rohu. Ikan-ikan tersebut kemudiannya dijual semula kepada taukeh kolam. Selepas penat memancing, kami terus menuju ke restoran makanan segera tersohor iaitu KFC meraikannya. Untuk sifu pancingan kolam gua, Jason. –Thanks Bro!!-

kolam Papan antara kolam berbayar yang terbesar dan terbersih pernah gua kunjungi
Pacu pertama merangkap lesen memancing Jia Haur
Gua dengan pacu. Agak kuat melawan beliau ini
Jia Haur dengan rohu pula
Jane & pacu
Thanks dude!


Sunday, March 13, 2011

Keli Kolam Doraemon


“Report projek dah siap” Check!

“Assignment CC pun dah siap” Check!

“Buku Apik dah hantar” Check!

“kenapalah gua ni cemerlang sangat,semua kerja dah siap. Nak buat apa lagi ni…emm mancen pun best jugak ni”

Tiba-tiba saja gua dah sampai di kolam Doraemon, Tronoh. Lepas je bayar sebanyak RM23 untuk 3 jam memancing gua terus menuju ke spot kegemaran gua. Menggunakan cacing dari FA Aquarium, gua berharap ada keli-keli bagak yang sudi menjamah umpan cacing gua. Untung-untung patin pun bantai cacing ni. Kalau dah rezeki tak kemana fikir gua cuba menyedapkan hati agar tak kumpau hari ini. 

Sejam berlalu tanpa sebarang reaksi dari penghuni air. Gua control cool agar tidak disyaki kumpau oleh kaki-kaki pancing yang lain dikolam tersebut. Gua lihat mereka paling tidak pun dah berjaya menaikkan seekor ikan masing-masing. Cuma gua saja yang masih telur ayam. 

Tengah gua mengelamun jauh mengenangkan nasib kumpau gua ni, joran gua tergedik-gedik. Gua automatik mendekati joran gua dan bersedia merembat joran. Tapi joran gua senyap kembali. Gua pun duduk kembali di bawah bangsal sambil sedikit maki hamun kepada ikan tanda protes.

“nate ike main-main la,nok make behe terus,jange duk main kutis-kutis pulok” Begitulah lebih kurang gua memaki hamun ikan-ikan itu.

Mungkin mendengar gua memaki hamun, joran gua tanpa warning melentur dan terus menggelonsor memasuki kolam. Bagai The Flash gua melompat dan mencapai joran gua. Yes, ikan dah mengena! Gua pun melayan tarikan ikan tersebut dengan berhati-hati agar tidak terlepas maklumlah ikan pertama hari ini. Agak kuat perlawanan yang diberikan oleh sang ikan. Layan punya layan akhirnya sang ikan keletihan. Terdamparlah seekor ikan keli ditebing kolam dengan size yang boleh tahan. Gua pun cabut mata kail dari mulut si ikan dan letakkan beliau dalam sangkar ikan yang telah disediakan oleh Doraemon.

Gua kemudian meneruskan sesi pancingan gua. Tiba- tiba gua dikejutkan oleh bunyi telefon gua.

“ we, ado mano?” Tanya seorang sahabat gua,Buya

“kawe duk ngail kolam doraemon ni,mari la” Balas gua

“bereh2,meta lagi kawe sapa ngan puyi” Balas Buya

15 minit kemudia Buya tiba bersama-sama Puyi. Tidak la bosan sangat bila ada membe-membe teman memancing ni. Walaupun ikan tidak mengena sekurang-kurangnya boleh lepak sambil sembang-sembang pasal isu pembangunan negara. 

Sedang rancak bersembang tentang isu Perdana Menteri ingin menjadikan negara ini sebagai hub hiburan, tiba-tiba joran gua sekali lagi melentur. Gua bingkas bangun dari tempat duduk gua dan menerkam joran gua seraya membalas sentapan dengan sekuat hati. Setelah memastikan mata kail tertancap kemas dimulut sang ikan, gua memberi joran gua kepada membe gua Buya untuk merasai perlawanan ikan tersebut. Bergilir-gilir dengan Puyi melawan ikan tersebut akhirnya terkulailah seekor lagi sang keli namun sizenya kecil sedikit dari yang pertama. Setelah dimasukkan ke dalam sangkar, kami bertiga meneruskan sesi pancingan yang berbaki kurang dari 10 minit lagi. 

Doraemon datang membawa penimbang. Beliau menimbang kedua-dua ikan keli tersebut. Skala penimbang menunjukkan 10 kilogram. Doraemon membeli balik ikan-ikan tersebut dengan harga RM2 sekilogram. Akirnya gua dapat balik RM20. Boleh la!

gua sedang setting drag
suasana di kolam Doraemon. Boleh tahan luasnya
membe gua, Buya sedang melayan keli
boleh tahan kuat melawan ikan ni
gua dengan Buya bersama keli kedua pada komplot kali ini
ikan sama orang lain. Kali ni bersama Puyi
ni hasil tangkapan pertama gua sebelum mereka sampai. Hampir mencecah 6 kilogram

   

Saturday, March 12, 2011

Ceritera Kolam Doraemon

Seminggu sebelum majlis convocation, Labib men-sms gua untuk tumpang dibilik gua. Gua yang sememangnya baik hati ini dengan berbesar hati mengalu-alukan kedatangan Labib. Siap pesan lagi suruh bawak joran sebab nak bawak geng mereka casting di Kampung Pisang. Seminggu sebelum itu komplot gua dengan Meji, Sha, Pali, & Jimi berjaya menewaskan berbelas-belas ekor peacock bass.

Dalam pukul 12.00 tengah hari, Labib dengan seorang lagi kawan dia sampai di bilik gua. Lepak-lepak sambil sembang pasal isu Anuar liwat Saiful sementara menunggu kawan-kawan mereka yang lain sampai UTP. Kemudian lagu Tenda Biru kedengaran dari telefon bimbit Labib.

"dah sampai agaknya orang yang Labib tunggu tu" bisik hati gua

Labib bergegas keluar dari bilik gua setelah meminta izin dengan gua dan berpesan supaya menunggu sms dari beliau. Tepat pukul 3 gua menerima sms dari Labib yang tertera:

" We, tuka plan.saim kawe ajok g ngail kole doremon.jum g slalu,kwe gerok doh ni ngan saim kwe"

gua dengan pantas mereply:

"bereh boh"

Dengan sekelip mata gua dah terpacak di kolam Doraemon. Suasana agak meriah kerana hampir 15 orang kawan-kawan Labib turut serta. Gua pun agak terkejut kerana tak sangka ramai geng mereka yang kaki pancing. Tapi macam biasa gua pura-pura cool. Tanpa membuang masa gua tanpa segan silu  gua merembat umpan dedak yang dah disediakan mereka dan pendek cerita kami pun mula memancing. Sejam berlalu. Semua dah tak senang duduk dan saling menyalahkan satu sama lain. Umpan polan lembik sangat lah. Polan tak taruk minyak belangkas lah. Gua yang dah biasa dengan situasi ini diam dan memerhati saja sebelum bertindak. Sebabnya gua pun memang tak reti dengan umpan-umpan ikan kolam ni. keh3. Kemudian, gua pergi jumpa Doraemon dan cuba slow talk dengan beliau bertanya rahsia ikan-ikan kolam beliau ni. Beliau dengan selamber menjawab:

"geng-geng hang ni belum sampai taraf lagi nak main rohu dan patin kolam aku"

Gua yang dah panas telinga terus bergegas ke FA Aquarium untuk membeli cacing dengan azam untuk mendaratkan patin menggunakan umpan cacing kerana mengikut  buku sejarah Pancing Malaya cacing adalah umpan universal bagi semua jenis ikan.

Dipendekkan cerita lagi, kami pun mula memancing menggunakan cacing dan sesetengah masih setia dengan dedak bancuhan ramuan rahsia masing-masing. Tiba-tiba joran gua disentap ganas hampir terjun kolam. Gua sepantas kilat menyambar joran gua dan adegan tarik-menarik pun berlaku antara gua dengan ikan yang masih misteri identitinya. Perlawanan agak dramatik dimana sang ikan masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu menyerah kalah. Apabila gua berjaya menarik separuh tali kedalam spool, dua tiga paruh ditarik ikan kembali.

"ini bukan keli ni, kalau keli tarik bodo je" bisik hati gua untuk meyakinkan diri sendiri bahawa patin yang terkena dan membuktikan kepada Doraemon bahawa kami juga boleh menjinakkan patin dikolam beliau walaupun berumpankan cacing.

Setelah hampir ke tebing, sah bahawa patin yang terjerat. Akhirnya Patin skala 3kg berjaya ditewaskan. Gua segera berpaling ke arah Doraemon sambil menjulang ikan tinggi-tinggi berharap dia lihat. Tiba-tiba gua lihat Doraemon pura-pura dongok ke atas sambil menunjukkan burung kepada anak kecik beliau.

"hahahahaha" gua ketawa dalam hati dengan rasa puas yang amat.

Selang beberapa ketika, seorang sahabat Labib iaitu Lan menerima rentapan kasar daripada sang ikan. Berlakulah sekali lagi perlawanan yang teramat sengit diantara Lan dengan sang ikan. Beberapa ketika berlalu, sang ikan tiada tanda-tanda mahu menyerah kalah memaksa Lan menggunakan hikmat mengetatkan drag ke tahap maksima dan akhirnya seekor lagi ikan yang ditujukan khas buat tokeh doraemon berjaya didaratkan iaitu tidak lain tidak bukan ikan patin. Kali ini patin terjerat dengan umpan dedak ramuan turun temurun saudara Lan. Gua sekali lagi melihat Doraemon menunjuk-nunjuk kearah pokok kepada anak beliau. Gua pun usya tengok sekali namun tiada apa-apa yang menarik ada diatas pokok itu melainkan daun-daun dan dahan-dahan pokok tersebut.

"hihi,huhu,haha" ketawa gua dalam hati. Nak ketawa kuat-kuat takut dihalau dan diblacklist pula oleh Doraemon.

Petang itu saja kami berjaya mendaratkan beberapa ekor ikan keli,rohu,lee koh, dan patin menggunakan campuran dedak 'tak capai taraf' kami serta cacing.Hanya gambar patin dirakam kerana ikan terlalu frenzy membantai dedak 'tak capai taraf' kami dan juga cacing sehingga tak sempat mengeluarkan kamera. Setelah dikaji bukanlah masalah dedak kami yang menjadi penyebab tetapi waktu makan ikan iaitu ikan-ikan kolam ini akan aktif menjamah umpan pada lewat petang. Semoga bertemu lagi Doraemon!


patin pertama guna umpan cacing
patin kedua saudara Lan menggunakan dedak 'tak capai taraf'

Thursday, March 10, 2011

TRIP TERBAKAR - AIR KUNING

Malam semasa makan dikedai Nasifah kami dh berjanji nk casting esok sebab brother Chua cuti.So, apa lagi, Air Kuning la jawabnya. Tapi pagi tu gua & Jimi bantai tido sampai xsedar diri walaupun dah dikejut berkali-kali oleh Meji & Sha. Maklumlah best student belajar sampai larut malam. Keh3. Pukul 2 petang Meji & Sha balik dan tunjuk gambar ni pada kami. Adui mana tak terbakar beb. Menyesal belajar semalam. So, layan je la gamba diorang ni sebab gua nak g Salam Corner jap minum tea O ais. Panas3x   

 
Peacock Bass dengan flat rap

Peacock Bass hentam popper - Chug bug
kali ni tertipu dengan abu tormentor
bapak Peacock Bass yang menghentam flat rap Brother Chua. Layan beb pakai rod XPuyu Tournamant 4-12lb
lagi Peacock Bass hentam popper SkitterPop sedang dilayan oleh Sha
Peacock Bass & SkitterPop
Peacock Bass terakhir hari tu
This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left