Thursday, March 24, 2011

Kolam Papan


Gua dan Jason selalu sembang pasal mancing dalam kelas. Jason ni seorang kaki pancing kolam yang tegar. Beliau banyak petua-petua dan rahsia-rahsia pemancingan kolam. Gua selalu diracun oleh beliau dengan cerita-cerita pancingan beliau yang lepas. Cerita sensasi patin Mekong 12 kg yang dinaikkan oleh salah seorang rakan Jason di kolam tersebut asyik terngiang-ngiang di telinga gua. 

Suatu hari gua dapat sms dari Jason mengajak gua memancing di kolam Papan. Besar tapak tangan, nyiru gua tadahkan. Selain gua dua orang lagi rakan Jason yang juga kenalan gua mengikuti kami memancing iaitu Jia Haur dan Jane. Mereka bukanlah kaki pancing tetapi mengikuti untuk merasai pengalaman memancing disamping merehatkan diri selepas penat menyiapkan projek akhir tahun. 

Sebelum ke kolam Papan, kami singgah di kedai feveret iaitu kedai FA Aquarium untuk membeli keperluan pancing seperti mata bom, dedak, dan sebagainya yang dirasai perlu untuk pancingan kolam. Kenapa ramai pemancing di kawasan Tronoh suka membeli barangan pancing di kedai ini kerana mempunyai banyak pilihan disamping harganya yang lebih murah berbanding kedai-kedai lain.  Selepas selesai membeli barang yang diperlukan, kami terus menuju ke kolam Papan. 

Gua yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke kolam Papan ini terpegun seketika dengan suasana di kolam ini. Terletak di kaki bukit membuatkan suasana petang di kolam ini sungguh nyaman sekali dengan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Keluasan kolam ini agak luas dengan airnya lebih jernih dari kolam-kolam pancing yang gua pernah pergi sebelum ini. Setelah membuat bayaran memancing untuk 3 jam kami pergi ke spot feveret Jason. Beliau bercerita tentang keberkesanan di spot tersebut pada kunjungan beliau yang lalu di mana beliau menaikakan rohu dan pacu mencecah belasan ekor!

Tugas membancuh dedak gua serahkan bulat-bulat kepada Jason. Gua manalah reti nak adun mengadun dedak ni. Dah macam nak buat kuih raya gua lihat dedak yang diadun oleh Jason menggunakan ramuan yang gua sendiri pun tak kenal dan tak reti nak sebut. Setelah siap semuanya dan diberi ‘green light’ oleh Jason, gua dan Jia Haur terus mengambil dedak adunan Jason tersebut dan diletakkan pada mata kail bom. Manakala Jane pula menjadi jurugambar kami. 

Sambil-sambil menunggu sang ikan melahap umpan, kami seperti biasa lepak-lepak sambil bersembang. Sementara itu, Jane berjalan-jalan di sekeliling kolam melihat pemancing-pemancing lain di kolam itu bertarung dengan sang ikan yang mengena pancing mereka sambil mengambil gambar. Inilah kelebihan sukan memancing, walaupun tiada ikan yang mengena pancing, tetapi dapat meluangkan masa bersama-sama rakan sudah dianggap memadai.  

Sedang asyik bersembang, joran Jia Haur melentur dan drag kedengaran nyaring dari mesin shimano FX beliau. Pantas disambar beliau. Beberapa ketika kemudian, terpancul lah seekor pacu keletihan di tepi kolam. Yes, jerit Jia Haur. Maklumlah ikan pertama dalam hidup beliau sebagai kaki pancing. 

Tidak lama kemudian, joran gua pula menjerit. Joran daiwa crossbeat gua melentur-lentur manakala kekili shimano aerlex memuntahkan tali ditarik oleh penghuni kolam. Setelah beberapa ketika perlawanan, seekor lagi pacu berskala sama berjaya ditewaskan. Bukan main gembira lagi gua. Ikan tidaklah besar mana tetapi tentangan yang diberikan sungguh mengujakan. 

3 jam memancing kami berhasil mendaratkan beberapa ekor pacu,rohu, n juga tilapia yang selalu dianggap pengacau oleh pemancing-pemancing kolam. Otai pancingan kolam Jason berjaya mendaratkan ikan paling banyak dari spesies pacu dan rohu. Ikan-ikan tersebut kemudiannya dijual semula kepada taukeh kolam. Selepas penat memancing, kami terus menuju ke restoran makanan segera tersohor iaitu KFC meraikannya. Untuk sifu pancingan kolam gua, Jason. –Thanks Bro!!-

kolam Papan antara kolam berbayar yang terbesar dan terbersih pernah gua kunjungi
Pacu pertama merangkap lesen memancing Jia Haur
Gua dengan pacu. Agak kuat melawan beliau ini
Jia Haur dengan rohu pula
Jane & pacu
Thanks dude!


No comments:

Post a Comment

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left