Tuesday, March 19, 2013

Kolam D'bj Bersama Adik

Adik gua bukanlah kaki pancing tegar macam gua. Dia lebih suka bersukan terutamanya bola sepak dan badminton. Jika gua adalah 'fisherman' adik gua pula seorang 'sportman'. Tapi melihatkan gambar-gambar gua memancing di kolam D'bj, dia teracun dan asyik mengajak gua membawanya memancing di sana. Dipendekkan cerita gua pun bawalah adik gua ni memancing di kolam D'bj. Dipendekkan cerita lagi selama 3 jam memancing, kami hanya berjaya menewaskan beberapa ekor ikan keli. Walaupun hasil tidak semeriah semasa kunjungan gua terdahulu, itu sudah cukup memuaskan hati bagi adik gua yang baru berjinak-jinak dalam dunia pancingan ini.


Selat pencuri umpan cengkerik untuk si keli

Keli saiz sekitar 1kg berumpankan cengkerik

Fillet keli goreng celup tepung. Hingga menjilat jari 

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left