About Gedebe Lure Caster Team


Disinilah bermulanya sejarah penubuhan GLC atau Gedebe Lure Caster. Pengenalan bermula disebuah universiti tempatan di negeri Perak Darul Ridzuan yang terkenal dengan lombong-lombong yang dihuni pelbagai spesies ikan. Lantaran itu, aktiviti riadah petang diisi dengan kegiatan memancing. Ikan yang menjadi sasaran ahli GLC pada waktu itu hanyalah ikan-ikan tahap penghibur seperti tilapia,lampan, dan keli menggunakan umpan hidup seperti cacing dan roti. Pengenalan dengan seorang pengilat tegar dari Tronoh dengan jolokan Brader Chua telah membawa dimensi baru dalam kamus hidup memancing ahli GLC. Dari umpan kami bertukar menggunakan gewang dan mesasarkan spesies pembaham gewang seperti peacock bass, haruan, dan toman. Hari demi hari ahli GLC semakin bertambah termasuklah beberapa orang "ladies anglers" yang turut meminati dunia pancing ini.
Tahun akhir pengajian dimanfaatkan oleh ahli GLC untuk menerokai seluruk pelosok bumi Perak demi mencari spot-spot memancing yang berpotensi untuk memburu ikan idaman terutamanya peacock bass yang terkenal dengan kerakusannya membaham gewang. Terima kasih diucapkan kepada Brader Chua kerana telah membawa ahli-ahli GLC ke pelbagai spot casting yang berpotensi seperti Air Kuning dan Kampung Pisang serta memberi tunjuk ajar teknik-teknik mengilat yang betul. Gracias Bro!
Walaupun ahli-ahli GLC lebih mensasarkan teknik mengilat dalam pemburuan, namun demikian teknik-teknik memancing yang lain seperti pancing dasar dan kadang-kadang teknik “sembat” turut diaplikasikan mengikut kesesuaian trip terutamanya apabila melibatkan “ladies anglers”. Trip-trip memancing sebegini selalunya lebih kepada santai dan melepaskan tekanan belajar disamping meluangkan masa bersama-sama rakan sepemancingan. Keutamaan apabila mennganjurkan trip-trip sedemikian ialah memastikan semua ahli komplot dapat merasa tarikan ikan. Oleh itu, kami selalu memilih spot-spot yang dihuni spesies ikan penghibur seperti tilapia, lampan dan patung. Umpan yang selalu menjadi pilihan ialah roti dengan menggunakan joran teleskopik.
Walaupun kebanyakan ahli-ahli GLC telah menamatkan pengajian masing-masing dan sesetengahnya telah bekerja, namun hubungan yang telah terjalin melalui dunia pancingan kekal selama-lamanya. Dengan perantaraan teknologi munculnya laman sosial tersohor facebook menjadi medium ahli-ahli GLC bertegur sapa dan merancang komplot memancing dimasa depan. Antara spot yang menjadi pilihan GLC untuk mengadakan ‘reunion’ ialah tidak lain tidak bukan Tasik Kenyir. Selain mudah untuk menguruskan keperluan mengadakan trip ke sana memandangkan salah seorang ahli GLC adalah “awok-awok boat” salah sebuah boathouse malah Tasik Kenyir menjanjikan seribu kedamaian untuk meluangkan masa bersama-sama. Semoga ukhuwahfillah yang terjalin kekal abadi.
This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left