Wednesday, February 25, 2015

Siakap Gate 2, Gate Ketapang dan Gate Sri Tujuh, Tumpat

Jajahan Tumpat tidak asing lagi di kalangan kaki pancing di negeri Kelantan sebagai salah satu port terbaik untuk pancingan kuala dan pantai. Ikan-ikan buruan yang selalu menjadi target kaki pancing-kaki pancing di sini terdiri daripada gelama, pari, kuku, siakap merah dan siakap putih. Namun demikian, siakap putih merupakan ikan yang paling 'famous' dikalangan kaki pancing dan paling ramai pemujuk spesies ini di kawasan ini. Ini lantaran ianya boleh membesar ke saiz mega, memberikan perlawanan yang kuat serta kesedapan isinya menyebabkan saban malam ada saja pemancing sanggup bersengkang mata demi memburu si raja muara ini. Antara hotspot yang sering dikunjungi oleh pemburu siakap putih di Tumpat adalah Gate 2 atau dikenali dengan nama Gate Pok Sid, Sungai/Gate Ketapang, Gate Sri Tujuh, dan Taman Tengku Anis@Batu Pemecah Ombak Tengku Anis. 

Inilah ganjaran untuk siapa yang sanggup bersengkang mata di Gate 2

Siakap putih ikan idaman setiap pemancing, tak dapat ikan dapat bergambar pun jadilah!

Umpan terbaik untuk siakap di Gate 2 ini adalah udang hidup 

Udang galah ini diceracak oleh pemancing ini semasa mencari udang putih untuk umpan memancing siakap putih 

Syahrul dengan siakap merah di Gate Ketapang, antara buruan alternatif ketika memancing siakap putih 

Baby siakap putih di Gate Sri Tujuh

Dog-faced water snake yang berkeliaran mencari mangsa di Gate Sri Tujuh

Rainbow water snake

Rainbow water snake ini begitu jinak dan tidak takut akan kehadiran manusia. Sudah biasa mungkin dengan kehadiran pemancing di habitatnya

Baby siakap putih senang dipujuk ketika air beransur surut di Gate Sri Tujuh

Sunday, February 22, 2015

Kumpau di Tasik Pergau

Kunjungan sulung gua ke Tasik Pergau yang terletak di daerah Jeli nyata kurang menjadi atau dalam istilah dunia pancing 'kumpau'. 3 orang pemancing, memancing dari terbit matahari sehingga terbenamnya semula matahari, hanya seekor sebarau juvenile berjaya ditewaskan. Nyata kami kumpau berdarah!

Air agak surut semasa kunjungan kami

Berhenti rehat di salah satu suak untuk re-planning setelah tiada ragutan langsung

Mr Ikhwan, the driver

Balik ke Jeti untuk mengisi perut dan mengenang nasib kumpau

Pusing sana, pusing sini, tapi masih kumpau

Malunya nak cakap dapat ikan dekat kawan-kawan, lebih baik cakap kumpau terus...adehhhh

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left