Thursday, August 30, 2012

Selamat Hari Merdeka

Selamat hari merdeka diucapkan kepada semua rakyat Malaysia


Friday, August 24, 2012

Komplot Tanah Merah

Sempena aidilfitri yang lalu, ramai ahli-ahli Darul Naim Anglers (DNA) pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing di Kelantan. Kesempatan ini diambil untuk berkumpul dan berkomplot sambil berkenalan di antara satu sama lain bagi yang belum pernah bersua muka.

Tidak ketinggalan bagi gua sendiri. Satu komplot mengilat di Tanah Merah telah diatur untuk memburu badong. Seramai sembilan orang ahli DNA telah menyertai komplot ini. Walaubagaimana pun hujan lebat semalaman telah mengubah keadaan air sungai menyebabkan sebarau kurang aktif. Cubaan mengilat sebarau di beberapa batang sungai tidak membuahkan hasil sebelum kami bertukar alternatif untuk memburu spesies kepala ular.


Salah satu port snakehead yang kami terjah setelah cubaan mengilat sebarau tidak berjaya akibat keadaan air yang tidak sesuai 

Syiok melihat joran aksi ringan Nije melentur-lentur di tarik toman rempit ini

Toman pertama ditewaskan oleh Nije menggunakan janggut Hinomiya hitam putih

Banyak sambaran berlaku di sini tapi sayang banyak yang rabut

Toman kedua oleh Cikgu Mad dipujuk menggunakan gewang katak Surecatch

Proses menyelamatkan gewang yang tersangkut menggunakan lure retriever

Terpaksa pulang seketika untuk membaiki tayar motor salah seorang caster yang pancit

Berteduh di bawah pokok kerana cuaca terlalu panas, tidak sanggup lagi nak casting

Toman seberat hampir 3 kg ini diperolehi oleh orang kampung yang memancing menggunakan umpan ikan keli

Air penambah tenaga, sesuai untuk caster yang ingin mengilat sepanjang hari untuk mengelak dari keletihan

Minum sambil berehat di rumah salah seorang caster sebelum  sambung mengilat

Merempit untuk senang bertukar port mengilat

Antara set yang digunakan oleh ahli komplot 


Tuesday, August 21, 2012

Koleksi Haruan Ramadan

Antara haruan yang berjaya gua tewaskan sepanjang ramadan yang lalu.Pada bulan puasa aktiviti mengilat gua hanya dilakukan pada awal pagi atau petang saja. Maklumlah sedang berpuasa kalau mengilat waktu tengah hari semasa cuaca panas terik nanti cepat haus pula. Enjoy the pictures!

Haruan di port trek motocross

Haruan terbesar gua tewaskan semasa bulan puasa berskala 1.2 kg

Haruan ini menyambar gewang katak Surebite sejurus jatuh ke dalam air 

Gewang katak Surebite sangat efektif untuk mendapatkan kadar  sangkutan yang tinggi kerana plastiknya yang lembut 

Haruan port berdekatan kolam memancing RD

Haruan yang ditewaskan semasa trip mengilat ikan bulan di Tumpat

Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat hari raya aidilfitri diucapkan kepada seluruh umat Islam. Maaf zahir & batin.


Friday, August 17, 2012

Kolam Pancing RD

Kolam Pancing RD terletak di Kampung Jenerih, kira-kira 3 kilometer dari pusat bandar Pasir Mas. Antara ikan yang menghuni kolam ini adalah patin dan keli. Kolam ini menjadi tumpuan kaki pancing sekitar Pasir Mas terutamanya pada hari minggu. Dengan bayaran yang dianggap termurah berbanding kolam-kolam komersil lain iaitu RM 15 bagi 3 jam memancing, kolam ini semestinya menjadi tumpuan pemancing melepaskan gian memancing. Kemudahan-kemudahan yang terdapat di kolam ini juga begitu selesa antaranya gerai minuman, tandas, dan pondok untuk berteduh.

Keli, antara ikan yang mendominasi kolam ini

Sopi dengan kelinya

Antara umpan yang digunakan

Pelbagai umpan digunakan untuk memikat ikan-ikan di kolam ini

Sambil memancing anda boleh makan 'colek kerang'

Haruan ini dipancing di dalam sawah padi bersebelahan kolam berumpankan katak hidup yang ditangkap di sekitar kolam

Syahrul berjaya memikat patin ini menggunakan umpan ramuan rahsianya

Patin dan umpan pemikatnya



Keli di sini agak memilih umpan, anda haruslah bijak mencipta umpan untuk memikatnya


Seronok dilayan menggunakan set udang atau ultralight bagi keli bersaiz sebegini



Keli seberat 5.3 kg ini ditewaskan oleh Syahrul berumpan roti  yang dicampurkan ramuan killer beliau 


Wednesday, August 1, 2012

Tuba Lagi di Pasir Mas

Semasa gua, Iwe, dan Yo meronda-ronda mencari spot baru, kami terjumpa ratusan ikan sungai mati di satu pembentung air. Rumusan yang kami buat adalah akibat dari perbuatan menuba. Parit di mana ikan ini dijumpai mati sangatlah kecil sekitar 4 kaki lebar sahaja tetapi airnya mengalir laju dan melimpah sehingga ke jalan raya akibat hujan lebat semalaman. Kemungkinan kegiatan menuba ini dilakukan di tempat lain dan ikan-ikan ini dihanyutkan oleh air dan tersangkut di pembentung air ini (kalbod dalam loghat Kelantan).

Gambar-gambar yang kami ambil ini telah diberi kepada saudara Moh Seng ONAG (Ofmer Network Anglers Group) untuk tujuan aduan kepada pihak yang berkenaan. Diharapkan akan ada usaha-usaha tertentu daripada pihak yang terbabit dalam menangani masalah ini. Juga diharapkan kepada semua individu terutamanya kaki pancing di luar sana agar dapat terus memberi sokongan terhadap usaha pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah alam kita ini. InsyaAllah dengan izin Allah suatu hari nanti kita pasti dapat menghapuskan kegiatan-kegiatan seumpama ini.

Semasa musim kemarau parit ini hampir tiada air langsung. Ikan ini dipercayai di tuba di sungai yang lebih besar di hulu dan dihanyutkan ke sini oleh air yang memenuhi parit akibat hujan lebat

Inilah pembentung air yang dimaksudkan. Perhatikan airnya yang  melimpah kerana tidak dapat menampung kapasiti air menyebabkan ikan mati terkumpul di sini

Siput juga tidak terlepas dari menjadi mangsa 

Alangkah sedih melihat keadaan ini
 
This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left