Wednesday, August 1, 2012

Tuba Lagi di Pasir Mas

Semasa gua, Iwe, dan Yo meronda-ronda mencari spot baru, kami terjumpa ratusan ikan sungai mati di satu pembentung air. Rumusan yang kami buat adalah akibat dari perbuatan menuba. Parit di mana ikan ini dijumpai mati sangatlah kecil sekitar 4 kaki lebar sahaja tetapi airnya mengalir laju dan melimpah sehingga ke jalan raya akibat hujan lebat semalaman. Kemungkinan kegiatan menuba ini dilakukan di tempat lain dan ikan-ikan ini dihanyutkan oleh air dan tersangkut di pembentung air ini (kalbod dalam loghat Kelantan).

Gambar-gambar yang kami ambil ini telah diberi kepada saudara Moh Seng ONAG (Ofmer Network Anglers Group) untuk tujuan aduan kepada pihak yang berkenaan. Diharapkan akan ada usaha-usaha tertentu daripada pihak yang terbabit dalam menangani masalah ini. Juga diharapkan kepada semua individu terutamanya kaki pancing di luar sana agar dapat terus memberi sokongan terhadap usaha pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah alam kita ini. InsyaAllah dengan izin Allah suatu hari nanti kita pasti dapat menghapuskan kegiatan-kegiatan seumpama ini.

Semasa musim kemarau parit ini hampir tiada air langsung. Ikan ini dipercayai di tuba di sungai yang lebih besar di hulu dan dihanyutkan ke sini oleh air yang memenuhi parit akibat hujan lebat

Inilah pembentung air yang dimaksudkan. Perhatikan airnya yang  melimpah kerana tidak dapat menampung kapasiti air menyebabkan ikan mati terkumpul di sini

Siput juga tidak terlepas dari menjadi mangsa 

Alangkah sedih melihat keadaan ini
 

No comments:

Post a Comment

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left