Sunday, May 22, 2016

Jeli Pah Ceroh!!!

Jeli lagiii!!!...Pah ceroh Jeli...nok wak guano, xdok tempat lain doh hok lebih dekat selain Jeli kalu nok ngilat sungai pergunungan. Huk aloh!!!

Pukul 6.30 pagi lagi kami sudah terpacak di tebing sungai menanti hari cerah. Punyalah semangat kalau nak mengail!

Apa khabar en kambing?...kami datang lagi..haha

Sikang. C&R

Sebarau on Salmo Hornet. Mencakup!

Usaha keras balingan demi balingan gewang akhirnya membuahkan hasil. Seekor sebarau berjaya dipotretkan. Yeahhhh

Kami sedekahkan sebarau tersebut kepada mak cik ini yang turut sama memancing bersama kami di sungai ini menggunakan joran teleskopik 

Saturday, May 14, 2016

Berkhemah di Temenggor Selatan

Trip kali ini kami akan terjah ke Kema yang terletak di bahagian selatan Tasik Temenggor. Dengan memacu bot fiber berkuasa kuda 20hp, kira-kira 1 jam 30 minit masa diambil untuk sampai ke Kema. Boleh tahan jauh! Selama 2 hari 1 malam kami di sana hasil tidak begitu memberangsangkan memandangkan sekarang adalah di luar musim. Panas ceng...Adoiii...Apa-apa pun janji kami dapat enjoy...Yeahhhhh!!!!

Loading barang ke dalam pacuan 4x4, bersedia untuk bertolak ke Banding

Pulau yang akan menjadi singgahsana kami beristirehat selama 2 hari 1 malam

'Resort' di dalam hutan. Cukup selesa! 

Bbq kambing. Memang umphhhhh..

Apa yang penting?...kerjasama!!

Sebarau goreng kunyit pon adoo...

Datang memancing ke tengok batu bang??...kekeke

Mama toman kecundang dengan gewang Rapala Fat Rap Fire Tiger 

Gewang sinking minnow Senses Savior untuk sang sebarau disambut oleh toman bujang ini. Nasib kau la man, sapa suruh bedal 

Toman bujang agak senang di buru dengan kaedah 'sight cast' iaitu tunggu ia timbul menghirup udara dan sepantas kilat gewang dilontar kearahnya

Mama toman diberi bantuan pernafasan seketika sebelum dilepaskan kembali 

Jatuh tepat di dalam kawanan anaknya, mama toman ini tanpa ragu-ragu membaham gewang jenis 'crank' keluaran Salmo ini 

Mat rempit pon bolehhhh

Lagi mat rempit. Bolehlahhhh

Sebarau cukup payah di kala musim panas. Jarang-jarang sekali dapat bersua muka  

Penggunaan gewang sinking minnow paling efektif untuk menjerat sebarau luar musim 

Selamat tinggal Kema. Hujung tahun kami datang lagi! 

Saturday, February 27, 2016

Sehari di Jeli - Memburu Sikang dan Sebarau

Jumaat, 10 malam, gua, Yo, dan Heri bertolak dari Pasir Mas ke Jeli. Malam itu kami tidur di rumah mertua Heri di Kampung Lawar. Misi kedatangan kami ke Jeli adalah tidak lain tidak bukan untuk mengilat di sungai-sungai pergunungan sekitar jajahan Jeli ini yang terkenal dengan ikan sikang dan sebarau. Rancangannya, jelajah satu demi satu sungai yang dirasakan berpotensi. Heri selaku tuan rumah akan bertindak sebagai guide untuk menjayakan misi kami ini. Selama beberapa jam mengilat di beberapa batang sungai dan jeram, banyak juga sikang juvenile yang berjaya kami bertiga tewaskan, manakala sang sebarau pula tidak semesra sikang. Hanya seekor sahaja sebarau berjaya ditipu dengan lenggokan gewang!

Suasana berkabus dan nyaman awal pagi di sungai pergunungan Jeli 

Sebarau pembuka tirai diperdaya dengan Senses Savior 

Longgokan batu sungai membentuk jeram-jeram kecil merupakan target kami membaling gewang kerana kebiasaannya disitulah kubu hendapan sang sebarau 

Sikang, satu lagi spesies buruan utama di sungai pergunungan Jeli selain sebarau 

Spoon atau sesudu, senjata paling ampuh untuk si sikang 

Spoon Megabass warna hijau yang digunakan oleh Yo ini paling laku untuk sikang di sini

Kecil-kecil cili padi, garang sungguh!

Sikang boleh dilihat mengejar spoon di air yang jernih ini 

Spinfly juga didapati sangat efektif terutamanya apabila sikang mula culas dengan spoon 

Set ultralight vs sikang

Penghibur sungai pergunungan, terima kasih diucapkan! 

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left