Tuesday, November 11, 2014

Natural Exotic Fish Fishing Pond Rawang

Kolam Natural Exotic Fish Fishing Pond yang terletak di Jalan Batu Arang, Kampung Sungai Bakau, Rawang merupakan sebuah kolam pancing komersial yang menyediakan pelbagai spesies ikan exotic kepada kaki pancing. Ikan-ikan seperti asian redtail catfish, amazon redtail catfish, alligator gar, mekong catfish, malah arapaima turut ditempatkan di kolam ini demi memenuhi impian kaki pancing berlawan dengan ikan idaman dan mencipta rekod peribadi masing-masing.

Baru-baru ini,gua bersama beberapa orang rakan, Pedi, Pali, dan Ajis berkesempatan mengunjungi kolam ini. Dengan bayaran sebanyak RM100 untuk satu joran selama 3 jam memancing, kadar ini dianggap masih murah untuk kolam pancing 'monster fish' di bandar besar. Kolam ini mengamalkan konsep catch and release. Penggunaan gewang juga dibenarkan dengan syarat hanya single hook sahaja dibenarkan. Selama 6 jam memancing, iaitu 3 jam untuk sesi petang manakala 3 jam lagi pada sebelah malam, kami hanya mampu berpuas hati dengan ikan asian redtail catfish serta toman sahaja. Namun, kejadian perambut meletup dan mainline putus membuatkan kami berjanji untuk melakukan pembalasan dendam di kolam ini suatu hari nanti.


Pintu masuk ke kolam 
  
Suasana kolam yang luas dan selesa 

Hall of Fame

Umpan anak ikan dijual di sini pada kadar RM1, RM2, dan RM3 mengikut size

Pali in action

Ajis in action

Pedi in action 

Pali dengan Asian redtail catfish yang ditewaskannya 

Toman trolling. Toman ini menyambar ikan tilapia yang diheret Pedi di tepi kolam sambil berjalan

Seorang pengunjung berjaya menewaskan monster Amazon redtail 

Kolam ini didominasi oleh Asian redtail

Ikan ini dilayan selama hampir 20 minit sebelum terkulai di pangkuan

Foul hook ikan dari spesies kap 

Pada sebelah malam, Asian redtail lebih galak menjamah umpan

"Puas hati!", katanya Pedi 

Asian redtail dianggap penghibur di kolam ini lantaran ianya mudah dipancing berbanding ikan-ikan lain 

Semua ikan harus dilepaskan kembali dengan kadar yang segera untuk menjamin survival ikan tersebut

Antara saiz yang mampu melenguhkan sendi-sendi lengan anda!

Monday, November 10, 2014

Trip Tasik Kenyir Sesterian 2014

Trip santai ke Tasik Kenyir bersama-sama sahabat gua semasa menuntut di Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER). Trip ini disertai oleh seramai lapan orang 'student' iaitu Ajis, Jimi, Pali, Baim, Kinah, Zarikh, Intan, dan gua sendiri. Memandangkan ini adalah trip rilek santai, kami hanya memancing 'bottom' dari atas houseboat sambil bersembang. InsyaAllah Sesterian akan kembali lagi ke Tasik Kenyir!  

Antara hasil yang berjaya di cungkil dari dasar Tasik Kenyir

Stress-free life

Chef yang didatangkan khas dari negeri-negeri Pantai Timur

Hutan Tasik Kenyir masih terpelihara dari noda manusia

Kinah dengan belida Tasik Kenyir

Group photo - acara wajib setiap trip

Thursday, November 6, 2014

Raiamas Guttatus Jeli

Raiamas guttatus, atau panggilan tempatannya, sikang, kurang dipopularkan oleh kaki sukan pancing baik tanah air mahupun luar. Tidak seperti sebarau, toman, dan haruan yang begitu sinonim dengan kaki pancing sehinggakan wujudnya group khas di media-media sosial bagi spesies-spesies tersebut umpamanya Sebarau Hunter, Snakehead Hunter, dan Haruan Hunter.

Berbalik pada ikan sikang, walaupun kurang di jejaki oleh kaki pancing mungkin kerana saiznya yang kecil sekaligus tidak memberikan perlawanan yang diimpikan oleh kaki pancing, ianya kurang diberi perhatian. Namun demikian, ada juga segelintir pemancing terutamanya pemancing layang tergilakan si cilik bermulut luas ini.

Baru-baru ini, gua sekali lagi berkunjung ke Lata Janggut dan Lata Renyok khusus untuk memburu spesies bak ikan trout ini. Trip disertai oleh Pok Loh, Syahrul, Apih, Syafik, Mat Yie, dan gua sendiri. Selama beberapa jam memancing hanya beberapa ekor Raiamas guttatus juvenile sahaja berjaya kami tewaskan manakala Syahrul lebih 'luck' apabila seekor sikang dewasa meligan gewang pencil ofmer bad dog miliknya.  


Singgah di Petronas Jeli membeli bekalan makanan dan minuman

Suasana nyaman pedalaman

Giant millipede atau dipanggil ulat keretapi@ulat gonggok 

Singgah di sungai di kaki Gunung Reng mencuba nasib namun hampa

Acara wajib setiap kali trip memancing - group photo

Lagi ulat gonggok gergasi ditemui

Raiamas guttatus, penghibur jeram pedalaman

Malayan many-tooth, atau ular malayan banyak gigi..he...he

Bolehlah dari kumpau!

Sikang juvenile Pok Loh 

Champion trip kali ini, Syahrul dengan sikang terbesar diperdaya dengan gewang ofmer bad dog dilengkapi dengan double hook AXZ. Syabas!

Sebarau Kubang Pak Hitam

Komplot mengilat sebarau di sekitar Kampung Kubang Pak Hitam. Komplot disertai oleh Pok Loh, Meji, Heri dan gua sendiri. Dua ekor sebarau berjaya kami tewaskan.

Sebarau Pok Loh ini diperdaya menggunakan gewang Senses Kaido Shad

Setelah mencuba sekian lama, akhirnya sebarau dari Sungai Golok berjaya juga gua potretkan 

Gewang rapala shad rap tetap menjadi pilihan sang sebarau  

Kenerak

Ikan kenerak atau dwarf goonch, bagarius bagarius, yang dipancing di Sungai Kelantan. 


Ikan kenerak yang dipancing berumpankan cengkerik
This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left