Wednesday, July 25, 2012

Ekspedisi Gunung Berembun & Memancing Ikan Sia

Gunung Berembun terletak di daerah Dungun, Terengganu. Perjalanan memakan masa sejam setengah berkereta dari pusat bandar Dungun untuk ke kaki gunung ini yang mana terletaknya Pejabat Hutan Daerah Dungun dan juga pusat rekreasi Air Terjun Chemerong. Ketinggiannya mencapai 1100 meter dan jarak perjalanan yang harus ditempuhi pendaki untuk ke puncak adalah sekitar 8 kilometer.

Pejabat hutan Daerah Dungun
   
Sungai yang dihuni ratusan ikan sia (Mystacoleucus marginatus)

Buluh yang didapati dari persekitaran digunakan sebagai joran untuk memancing ikan sia

Umpan yang digunakan untuk memikat ikan sia di sini adalah cacing dan roti

Antara hasil tangkapan kami 

Ikan sia goreng kunyit


Juadah hutan, ringkas tapi menyelerakan

Ular yang ditangkap semasa sedang memasang hammock

Ikan sia di satu jeram





Kobis hutan, daunnya boleh dimakan 





Penangan di sengat peringat 




Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan Kareem

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubaraq diucapkan kepada semua umat Islam. Selamat menunaikan ibadat puasa dan juga semoga mendapat keberkatan di bulan mulia ini.

Wednesday, July 18, 2012

Mengilat Biawak

Siapa kata biawak tidak boleh di casting?  Sesiapa pernah kena biawak secara tidak sengaja semasa mengilat ikan pasti merasa karannya terutamanya yang bersaiz mega. Larian padunya bak torpedo memang syiok habis. Pada pemerhatian gua, biawak hanya akan menyambar gewang permukaan seperti gewang katak, pensil atau popper yang lalu di laluannya berenang sahaja. Tetapi jika biawak mengejar gewang dan menerkamnya semasa kita mengilat ikan apa boleh buat, layan sajalah. Jangan pula kita dengan sengaja membaling gewang ke arahnya apabila ternampaknya untuk mengilatnya. Nanti jadi kes penganiayaan haiwan pula.

Biawak yang menyambar gewang katak Rod Ford

Tuesday, July 17, 2012

Peacock Bass & Brader Chua - Satu Kenangan

Sejak meninggalkan Perak selepas tamat pengajian, gua hanya berhubung dengan guru gua, Brader Chua melalui telefon dan internet sahaja. Rindu pula rasa. Menunggang motorsikal seawal 6 pagi menuju ke Air Kuning. Mengilat di bawah panas terik matahari. Sembang-sembang di kedai mamak. Kenangan yang sangat indah.

Mujurlah ada internet terutamanya laman sosial Facebook. Hubungan kami tidak terputus begitu saja. Brader Chua akan memuat turun gambar-gambar hasil peacock bass beliau di Perak dan gua dan rakan-rakan GLC yang berada di negeri lain dapat menatapnya. InsyaAllah kami akan mengatur trip ke sana suatu hari nanti untuk satu reunion!

40 cm PB di lombong depan UTP

2 ekor PB membaham Smith Panish

46 cm PB Air Kuning

PB Air Kuning ketika paras air surut

Brader Mizi, seorang lagi guru gua di Perak bersama seekor sebarau yang ditewaskannya

PB dengan Strike Pro Albino

Hanya PB remaja yang aktif mencari makan ketika air surut

Gewang yang menjadi rebutan para pengilat sehingga harganya naik dengan mendadak di pasaran dan sukar untuk mendapatkan stoknya iaitu 3D Popper keluaran Yo-Zuri

Satu lagi keluaran Yo-Zuri yang boleh dikatakan killer untuk pelbagai spesies ikan iaitu Sashimi  Jerkbait



Menarik Pukat

Kaedah ini dilakukan dengan merentangkan seutas pukat di hujung parit bertujuan untuk menyekat laluan untuk mengelakkan ikan dari lari. Kira-kira 500 meter dari pukat ini, seutas pukat lagi akan ditarik oleh beberapa orang sehingga sampai kepada pukat yang direntangkan. Ikan-ikan akan terperangkap di antara dua pukat ini.

Persoalannya, adakah aktiviti ini boleh mengancam populasi ikan di sesuatu tempat atau lebih tepat lagi memyebabkan kepupusan?

Sekadar pendapat, gua tidak merasakan aktiviti ini boleh mengancam populasi ikan jika dilakukan dengan betul. Jika dilakukan secara berkala dengan selang masa yang sesuai, ikan bukan saja dapat membiak malah membesar dengan baik. Sebagai contoh, jika aktiviti menarik pukat telah dilakukan pada tahun ini di parit X, aktiviti menarik pukat seterusnya di parit X haruslah dijalankan sekurang-kurangnya 3 tahun akan datang. Selang masa haruslah sesuai dengan kadar pembiakan dan tumbesaran ikan.

Namun, mendidik manusia adalah bahagian yang paling sukar dalam apa jua perkara terutamanya melibatkan kepentingan peribadi. Kesukaran untuk melaksanakan sistem-sistem khusus yang di syorkan atas sebab masalah ini, iaitu kepentingan peribadi. Tidak seperti negara barat, mereka dapat memajukan diri mereka di dalam segenap aspek termasuklah perikanan mereka di sebabkan mereka dapat mengikuti sistem-sistem yang ditetapkan bukan oleh kerajaan mereka tetapi diri mereka sendiri secara individu. Mereka dapat melaksanakannya dengan baik kerana mempunyai disiplin yang tinggi serta mementingkan bukan saja diri mereka malahan orang lain dan ekosistem mereka.

Tidak seperti tuba atau bom ikan, aktiviti menarik pukat tidak menyebabkan kematian ikan. Ikan-ikan yang ditangkap kebanyakannya akan diambil dan jika tidak mahu akan dilepaskan kembali. Kontra dengan menuba atau mengebom, ikan-ikan akan mati semuanya. Oleh itu, ikan-ikan yang tidak diperlukan terutamanya yang kecil akan mati. Terlalu banyak impak yang akan berlaku akibat dari aktiviti menuba dan mengebom ini termasuklah pembaziran, kepupusan hidupan akuatik, dan kemusnahan habitat.

Kesimpulannya, apa yang penting dalam menjamin kelestarian ekosistem kita, bergantung kepada diri kita sendiri. Apa-apa kaedah sekali pun jika tidak dilakukan dengan betul boleh mengancam ekosistem kita termasuklah kaedah memancing. Oleh itu, asasnya, pendidikan adalah akarnya. Dengan pendidikan, akan bercambahlah kesedaran seterusnya akan membuahkan sebuah ekosistem yang subur sepanjang masa. 

Seutas pukat akan dipasang merentangi parit untuk menutup laluan 

Kaedah ini seharusnya di jalankan dengan bijaksana. Jika saban tahun di lakukan akan membawa kepada kepupusan ikan  di tempat tersebut

Sebelah kiri adalah pukat pertama yang direntangkan dan pukat sebelah kanan adalah pukat yang di tarik 

Orang-orang kampung bergotong royong menaikkan pukat setelah kerja-kerja menarik selesai

Sampah dan tumbuhan mati dikeluarkan dari pukat sebelum menaikkan pukat ke darat

Ikan-ikan yang terperangkap sudah mula kelihatan

Sekali lagi orang-orang kampung bergotong royong mengutip ikan yang terperangkap sebelum di bahagikan sesama mereka atau dijual

Friday, July 13, 2012

Mengilat Ikan Lais

Kejadian yang berlaku secara tidak sengaja ini telah memberi perspektif baru terhadap si ikan lais. Ikan lais yang tergolong dalam keluarga catfish adalah sejenis ikan perayap dasar dan umum diketahui hanya boleh dipancing melalui teknik pancing dasar sahaja menggunakan umpan hidup seperti lipas tanah. Sepanjang gua bergelumang dengan hobi hanyir ini, tidak pernah gua melihat atau mendengar ikan lais boleh dicasting dengan gewang sehinggalah salah seorang sifu gua, Cikgu Mad berjaya mengilat spesies ini secara tidak sengaja baru-baru ini.

Gewang replika katak yang digunakan untuk haruan atau toman disambar bertalu-talu oleh ikan di dalam air namun tiada satu pun yang lekat di mata kail. Setelah beberapa lama kejadian yang sama berulang, Cikgu Mad menukarkan gewang katak kepada gewang mikro iaitu Yozuri Arms Popper. Setelah gewang di tukar, barulah sang ikan berjaya dijerat dan ikan tersebut tidak lain tidak bukan adalah si ikan lais. Kami agak terkejut pada mulanya dan menyangkakan ia adalah foul hook. Namun, mata tiga gewang berada betul-betul di dalam mulut ikan. Dan akhirnya setelah beberapa ekor ikan yang sama berjaya dinaikkan menggunakan gewang yang sama, barulah kami percaya bahawa ikan lais boleh dicasting menggunakan gewang.

Ikan lais pertama dari Cikgu Mad. Ternyata ikan ini begitu gilakan gewang yang membuat bising dan bergerak di atas air seperti gewang katak dan popper sehingga menyambarnya bertalu-talu

Ikan lais ternyata boleh di pancing menggunakan gewang terutamanya gewang-gewang mikro seperti Yozuri Arms Popper ini 

Thursday, July 12, 2012

Koleksi Snakehead

Ini adalah antara koleksi ikan kepala ular atau snakehead sepanjang tahun 2012 sehingga kini oleh gua dan rakan-rakan mengilat seperjuangan di serata Kelantan Darul Naim. Enjoy the pictures~















































































This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left