Kaedah ini dilakukan dengan merentangkan seutas pukat di
hujung parit bertujuan untuk menyekat laluan untuk mengelakkan ikan dari lari.
Kira-kira 500 meter dari pukat ini, seutas pukat lagi akan ditarik oleh
beberapa orang sehingga sampai kepada pukat yang direntangkan. Ikan-ikan akan
terperangkap di antara dua pukat ini.
Persoalannya, adakah aktiviti ini boleh mengancam populasi
ikan di sesuatu tempat atau lebih tepat lagi memyebabkan kepupusan?
Sekadar pendapat, gua tidak merasakan aktiviti ini boleh
mengancam populasi ikan jika dilakukan dengan betul. Jika dilakukan secara
berkala dengan selang masa yang sesuai, ikan bukan saja dapat membiak malah
membesar dengan baik. Sebagai contoh, jika aktiviti menarik pukat telah
dilakukan pada tahun ini di parit X, aktiviti menarik pukat seterusnya di parit
X haruslah dijalankan sekurang-kurangnya 3 tahun akan datang. Selang masa
haruslah sesuai dengan kadar pembiakan dan tumbesaran ikan.
Namun, mendidik manusia adalah bahagian yang paling sukar
dalam apa jua perkara terutamanya melibatkan kepentingan peribadi. Kesukaran
untuk melaksanakan sistem-sistem khusus yang di syorkan atas sebab masalah ini,
iaitu kepentingan peribadi. Tidak seperti negara barat, mereka dapat memajukan
diri mereka di dalam segenap aspek termasuklah perikanan mereka di sebabkan
mereka dapat mengikuti sistem-sistem yang ditetapkan bukan oleh kerajaan mereka
tetapi diri mereka sendiri secara individu. Mereka dapat melaksanakannya dengan
baik kerana mempunyai disiplin yang tinggi serta mementingkan bukan saja diri
mereka malahan orang lain dan ekosistem mereka.
Tidak seperti tuba atau bom ikan, aktiviti menarik pukat
tidak menyebabkan kematian ikan. Ikan-ikan yang ditangkap kebanyakannya akan
diambil dan jika tidak mahu akan dilepaskan kembali. Kontra dengan menuba atau
mengebom, ikan-ikan akan mati semuanya. Oleh itu, ikan-ikan yang tidak
diperlukan terutamanya yang kecil akan mati. Terlalu banyak impak yang akan
berlaku akibat dari aktiviti menuba dan mengebom ini termasuklah pembaziran,
kepupusan hidupan akuatik, dan kemusnahan habitat.
Kesimpulannya, apa yang penting dalam menjamin kelestarian
ekosistem kita, bergantung kepada diri kita sendiri. Apa-apa kaedah sekali pun
jika tidak dilakukan dengan betul boleh mengancam ekosistem kita termasuklah
kaedah memancing. Oleh itu, asasnya, pendidikan adalah akarnya. Dengan
pendidikan, akan bercambahlah kesedaran seterusnya akan membuahkan sebuah
ekosistem yang subur sepanjang masa.
|
Seutas pukat akan dipasang merentangi parit untuk menutup laluan |
|
Kaedah ini seharusnya di jalankan dengan bijaksana. Jika saban tahun di lakukan akan membawa kepada kepupusan ikan di tempat tersebut |
|
Sebelah kiri adalah pukat pertama yang direntangkan dan pukat sebelah kanan adalah pukat yang di tarik |
|
Orang-orang kampung bergotong royong menaikkan pukat setelah kerja-kerja menarik selesai |
|
Sampah dan tumbuhan mati dikeluarkan dari pukat sebelum menaikkan pukat ke darat |
|
Ikan-ikan yang terperangkap sudah mula kelihatan |
|
Sekali lagi orang-orang kampung bergotong royong mengutip ikan yang terperangkap sebelum di bahagikan sesama mereka atau dijual |
No comments:
Post a Comment