Friday, July 13, 2012

Mengilat Ikan Lais

Kejadian yang berlaku secara tidak sengaja ini telah memberi perspektif baru terhadap si ikan lais. Ikan lais yang tergolong dalam keluarga catfish adalah sejenis ikan perayap dasar dan umum diketahui hanya boleh dipancing melalui teknik pancing dasar sahaja menggunakan umpan hidup seperti lipas tanah. Sepanjang gua bergelumang dengan hobi hanyir ini, tidak pernah gua melihat atau mendengar ikan lais boleh dicasting dengan gewang sehinggalah salah seorang sifu gua, Cikgu Mad berjaya mengilat spesies ini secara tidak sengaja baru-baru ini.

Gewang replika katak yang digunakan untuk haruan atau toman disambar bertalu-talu oleh ikan di dalam air namun tiada satu pun yang lekat di mata kail. Setelah beberapa lama kejadian yang sama berulang, Cikgu Mad menukarkan gewang katak kepada gewang mikro iaitu Yozuri Arms Popper. Setelah gewang di tukar, barulah sang ikan berjaya dijerat dan ikan tersebut tidak lain tidak bukan adalah si ikan lais. Kami agak terkejut pada mulanya dan menyangkakan ia adalah foul hook. Namun, mata tiga gewang berada betul-betul di dalam mulut ikan. Dan akhirnya setelah beberapa ekor ikan yang sama berjaya dinaikkan menggunakan gewang yang sama, barulah kami percaya bahawa ikan lais boleh dicasting menggunakan gewang.

Ikan lais pertama dari Cikgu Mad. Ternyata ikan ini begitu gilakan gewang yang membuat bising dan bergerak di atas air seperti gewang katak dan popper sehingga menyambarnya bertalu-talu

Ikan lais ternyata boleh di pancing menggunakan gewang terutamanya gewang-gewang mikro seperti Yozuri Arms Popper ini 

No comments:

Post a Comment

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left