Thursday, February 27, 2014

Tilan, Patin & Cangka Lulang

Sepetang memancing di Sungai Kelantan, tiga ekor spesies ikan berlainan jenis berjaya dinaikkan iaitu ikan tilan, patin dan juga cangka lulang. Ini menunjukkan Sungai Kelantan masih kaya dengan pelbagai jenis ikan termasuklah udang galah. Khazanah yang tidak ternilai ini seharusnya dijaga untuk tatapan generasi akan datang.

Ikan tilan@tire track eel@mastacembelus armatus

Ikan patin berumpakan roti dengan teknik 'roti lipat'. Sekeping roti dilipat dengan 9-12 bentuk matakail disusun di sekeliling roti

Cangka lulang penutup tirai pada petang itu oleh my master, Yo

Monday, February 17, 2014

Khazanah Sungai Kelantan

Sungai Kelantan merupakan salah sebuah sungai yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Selain membekalkan sumber air kepada penduduk Kelantan, Sungai Kelantan juga tersohor sebagai lokasi untuk memancing. Pelbagai spesies ikan boleh didapati di Sungai Kelantan seperti patin, tenggalan, cangka lulang dan udang galah. Bulan terbaik untuk memancing di Sungai Kelantan adalah antara bulan Februari hingga penghujung bulan Oktober, iaitu sebelum musim hujan. Gambar-gambar di bawah adalah antara hasil pancingan di Sungai Kelantan (Jajahan Pasir Mas).

Jambatan Salor, port memancing udang galah bagi penduduk sekitar Pasir Mas pada sebelah malam

Udang galah yang berjaya dijinakkan di atas Jambatan Salor

Umpan dedak untuk patin/tenggalan dibaham cangka lulang

Cangka lulang, seperti saudara terdekatnya, baung, mula aktif mencari makan pada waktu petang hingga malam

Ikan yang dikenali dengan nama 'jogho' oleh penduduk setempat ini boleh dipancing berumpankan roti

Udang galah di Sungai Kelantan semakin berkurangan dek aktiviti mengaran oleh pihak yang tidak bertanggungjawab

Cangka lulang lebih senang didapati di Sungai Kelantan (Jajahan Pasir Mas) berbanding baung

Abang Lan, pemancing cangka lulang sejati

Selepas musim bah adalah waktu terbaik untuk memancing cangka lulang

Tiga ekor cangka lulang sepetang memancing. Not bad!

Saiz standard cangka lulang (crystal eyed catfish) Sungai Kelantan
  

Gelama Taman Tengku Anis, Kuala Tak Bai

Desas desus dari pemancing setempat mengatakan ikan gelama sudah mula boleh dipancing. Gua, Apis, Loh serta Yo tanpa membuang masa segera menuju ke Kuala Tak Bai untuk mencuba nasib. Selama beberapa jam kami memancing, hanya 2 ekor gelama sahaja yang dapat dinaikkan. Selebihnya adalah ikan bulus dan ikan duri. Mungkin kemuncak musim memancing gelama masih belum tiba. Kami akan cuba lagi!

Antara hasil tangkapan kami

Menunggu sang gelama menggetu umpan

Senja nan indah di Kuala Tak Bai








Ber-BBQ sambil memancing

Ikan kembung dan sotong bakar. Marvelous!

Wednesday, February 12, 2014

Santai Bersama Sesterian

Roomate gua semasa study di Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER), rupanya seorang kaki pancing. Baru ku tahu! Bertambahlah geng pancing Sester. Bukan seorang tapi dua. Pe'e juga mula menunjukkan minat dalam dunia hanyir ini. Bolehlah organize trip Kenyir nanti. Sudah lama tidak ber-fish-low-talk bersama geng-geng, Ajis, Jimi, dan Pali. Gambar di bawah adalah hasil memancing di Kuala Besut sewaktu trip santai bersama Sesterian. Wa caya sama lu!

Belukang, pengacau umpan, dan juga penghibur. Di belakang adalah Pedi, roomate gua. 

Pe'e, orang baru dunia hanyir dengan ikan belukang, merangkap ikan pertama  yang ditewaskan dalam hidupnya.

My master, Syahrul dengan ikan bulus. 



Wednesday, February 5, 2014

Haruan Chinese New Year 2014

Komplot meruan sempena cuti hari raya Cina ini disertai oleh Cikgu Mad, Syahrul dan gua sendiri. Lubuk pilihan kami adalah lubuk puaka Cikgu Mad iaitu lubuk reban ayam. Setelah casting selama 2 jam, 4 ekor haruan berjaya kami tewaskan iaitu 2 ekor oleh Cikgu Mad manakala 2 ekor lagi oleh gua sendiri.

Mama haruan pembuka tirai oleh Cikgu Mad

Spinnerbait AXZ mencakop!

Curut pun curut lah janji tak kumpau!

Haruan terakhir Cikgu Mad ditewaskan menggunakan sesudu yang digabung dengan softplastic

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left