Tuesday, November 11, 2014

Natural Exotic Fish Fishing Pond Rawang

Kolam Natural Exotic Fish Fishing Pond yang terletak di Jalan Batu Arang, Kampung Sungai Bakau, Rawang merupakan sebuah kolam pancing komersial yang menyediakan pelbagai spesies ikan exotic kepada kaki pancing. Ikan-ikan seperti asian redtail catfish, amazon redtail catfish, alligator gar, mekong catfish, malah arapaima turut ditempatkan di kolam ini demi memenuhi impian kaki pancing berlawan dengan ikan idaman dan mencipta rekod peribadi masing-masing.

Baru-baru ini,gua bersama beberapa orang rakan, Pedi, Pali, dan Ajis berkesempatan mengunjungi kolam ini. Dengan bayaran sebanyak RM100 untuk satu joran selama 3 jam memancing, kadar ini dianggap masih murah untuk kolam pancing 'monster fish' di bandar besar. Kolam ini mengamalkan konsep catch and release. Penggunaan gewang juga dibenarkan dengan syarat hanya single hook sahaja dibenarkan. Selama 6 jam memancing, iaitu 3 jam untuk sesi petang manakala 3 jam lagi pada sebelah malam, kami hanya mampu berpuas hati dengan ikan asian redtail catfish serta toman sahaja. Namun, kejadian perambut meletup dan mainline putus membuatkan kami berjanji untuk melakukan pembalasan dendam di kolam ini suatu hari nanti.


Pintu masuk ke kolam 
  
Suasana kolam yang luas dan selesa 

Hall of Fame

Umpan anak ikan dijual di sini pada kadar RM1, RM2, dan RM3 mengikut size

Pali in action

Ajis in action

Pedi in action 

Pali dengan Asian redtail catfish yang ditewaskannya 

Toman trolling. Toman ini menyambar ikan tilapia yang diheret Pedi di tepi kolam sambil berjalan

Seorang pengunjung berjaya menewaskan monster Amazon redtail 

Kolam ini didominasi oleh Asian redtail

Ikan ini dilayan selama hampir 20 minit sebelum terkulai di pangkuan

Foul hook ikan dari spesies kap 

Pada sebelah malam, Asian redtail lebih galak menjamah umpan

"Puas hati!", katanya Pedi 

Asian redtail dianggap penghibur di kolam ini lantaran ianya mudah dipancing berbanding ikan-ikan lain 

Semua ikan harus dilepaskan kembali dengan kadar yang segera untuk menjamin survival ikan tersebut

Antara saiz yang mampu melenguhkan sendi-sendi lengan anda!

No comments:

Post a Comment

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left