Wednesday, March 30, 2011

Satu Malam Gua Mimpi


Satu malam gua mimpi. Gua mimpi dapat isteri yang cun lagi seksi. Masa tengah sanding isteri gua tiba-tiba kena heart attack dan terus meninggal dunia. Gua terbangun dari tidur dan memeriksa telefon gua. Ada sms. Brader Chua mengajak gua casting di Air Kuning besok pagi. Gua balas bersetuju dengan ajakan tersebut.

Semasa menunggang motor gua asyik memikirkan mimpi gua semalam dan apakah petandanya. Akhirnya gua mengalah dan mengandaikan ia adalah mainan syaitan semata-mata. Maklumlah gua tidur bukannya reti nak basuh kaki. Sebenarnya gua bimbang bila mimpi melibatkan kematian ni. Tambah-tambah lagi isteri yang cun lagi seksi. Manalah tahu betul-betul terjadi bila gua kahwin suatu hari nanti. Siapa tak sayang bini oiiiii…keh3

Gua tumpukan perhatian gua pada casting. Casting dapat mengurangkan tekanan. Sesiapa ada masalah bolehlah cuba terapi casting sebab terbukti berkesan. Gua tidak lagi memikirkan tentang mimpi gua. Sambil casting gua dan Brader Chua sembang-sembang. Dari isu budak cuba bunuh diri di KB Mall membawa ke isu Datuk T. Tiba-tiba letupan besar meletus di permukaan air. Dog-X Brader Chua hilang dari pandangan mata. Joran melentur-lentur dihenjut sang ikan. Namun sang ikan bukanlah lawan kepada kekili Ryoga Brader Chua. Dengan mudah sang ikan berjaya ditarik dari dalam air dan dihela ke tepi. Seekor peacock bass berjaya ditewaskan. Lesen ikan pertama Brader Chua pada hari ini. Ikan dilepaskan kembali setelah dipotretkan.

Kami sambung agenda mengilat.  Matahari mula garang memancarkan sinar. Gua yang dah mula bosan mendendangkan lagu Tak Ku Sangka Tak Ku Duga nyanyian Apit & Appy Singapore. Sambil nyanyi satu per satu gewang dalam kotak gua cuba. Bosan dengan peacock bass yang sombong, gua ingin mencuba haruan atau toman. Gua selak kotak gewang dan ambil katak kayu berpropeller. Katak kayu dikarau sehampir yang mungkin dengan rumput-rumput tenggelam serta bangkar kayu. Tiba-tiba satu sambaran menghilangkan katak kayu gua dari pandangan. Sambaran betul-betul kena di tepi satu tunggul separa tenggelam. Bahaya kerana terlalu hampir dengan tunggul kayu gua ketatkan sikit drag dan mengawal larian sang ikan. Gua mati-mati ingat bapak haruan yang menyambar rupa-rupanya si toman rempit. Toman rempit pun toman rempit lah. Janji boleh layan. Ikan dilepaskan setelah dipotretkan. 

Gua berpindah port manakala Brader Chua masih setia dengan port beliau. Kali ini gua nak main popper. Gua guna 3D popper yang dibeli dikedai Abe Yie bersama Iwe Boodak Itam tempoh hari. Harap-harap ada la peacock bass gadang yang sudi. Gua pun popping bertalu-talu ke arah spot-spot yang gua rasa berpotensi. Gua lontar popper ke celah-celah rumput tenggelam. Sebaik sahaja popper gua melepasi kawasan rumput satu dentuman serta kocakan air yang besar dipermukaan air melesapkan popper gua. Gua tersentak seketika. Tangan gua terketar-ketar menahan asakan ikan. Gua boleh rasa ikan yang menyambar popper gua ini bersize monster dari lariannya. Kawasan tersebut padat dengan kayu-kayu tenggelam serta rumput. Gua berdoa dalam hati janganlah lucut kerana ikan ini mungkin boleh memecahkan rekod 52cm gua yang lalu. Sang ikan masih tidak menunjukkan tanda-tanda keletihan. Nak ketatkan drag lagi bimbang matakail cekang sebab gua pakai matakail original. Ikan semakin hampir. Gua nampak kelibat ikan serta bonjolan atas kepala melalui kacamata polarized gua. Sah monster! Hati gua berdebar-debar. Lebih kurang 3 meter jarak gua dengan sang ikan, beliau membuat pecutan akhir dan terlepas. Gua terduduk. Tangan gua masih terketar-ketar. Gua periksa matakail popper gua. Cekang! 

Gua berhenti casting seketika menenangkan hati gua sambil membuat analisa. Ketika itu juga gua teringatkan mimpi gua. Yes! Gua dah dapat jawab teka-teki mimpi gua. Cilakak Morpheus. Bagitahu je lah yang gua bakal lucut ikan rekod. Tak payah nak berkias-kias buat gua bimbang. Gua yang sudah tak ada mood nak casting pergi ke tempat Brader Chua. Rupa-rupanya beliau sudah berjaya menjinakkan dua ekor peacock bass dan seekor toman rempit. Memang sifu gua tak boleh lawan der. 

Gua pun cerita kepada sifu kejadian tadi. Beliau menyarankan gua supaya menukar treble hook kepada single hook supaya kadar ikan melepaskan diri lebih tipis walaupun kadar sangkutannya lebih rendah berbanding treble hook. Namun begitu, ‘we have to take a chance’. Jika kejadian seperti yang baru gua alami tadi berulang, tidaklah kita berputih mata. 

Tepat pukul 11 pagi kami pun berambus. 3 ekor peacock bass dan 2 toman rempit. Itu tak termasuk yang strike dan yang lucut. Not bad untuk 3 jam casting. Sebab itu kami sanggup datang jauh-jauh ke Air Kuning. Tapi kadang-kadang kumpau juga walaupun casting berjam-jam. Tapi walau apapun Air Kuning tetap terbaik buat kami setakat ini. Au revoir Air Kuning!     


lesen pertama Brader Chua



toman rempit gua. Janji layan beb
ikan kedua Brader Chua
toman rempit merangkap ikan ketiga Brader Chua
ikan keempat Brader Chua. Kali ini dengan spinfly

No comments:

Post a Comment

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left