Sunday, April 3, 2011

Eksperimentasi Roti Pandan


“ ke mana kome mancen?” Tanya Pak Cik Salleh, pak guard UTP yang bermuka garang tapi baik hati.

“dalam air la pak cik, takkan atas jalan raya” jawab kami.

Pangggggggggggg!!!!!!! (kami kena tampar)

*************************************************************************************

Selepas perbualan ringkas dengan Pak Cik Salleh, kami ke restoran Salam Corner untuk membeli bekalan dan sebungkus roti Gardenia untuk dijadikan umpan. Port yang ingin kami cuba kali ini adalah di belakang Taman Maju. Khabarnya ada banyak lombong di dalam. Kami mendapat tahu melalui perbualan dengan pemancing regular di sini. Walaupun sudah bertahun belajar di bumi Tronoh, sekarang baru kami tahu bahawa di belakang Taman Maju mempunyai banyak lombong yang dipercayai dihuni pelbagai spesies ikan seperti rohu, tongsan, lee koh dan sebagainya. Kali ini gua hanya berdua dengan Pali South Park.

Sebelum memancing, Pali terlebih dahulu melakukan ritual menolak hujan agar kami tidak kebasahan semasa memancing kerana bumi Tronoh selalu dilanda hujan diwaktu petang. Roti Gardenia dicampur perisa pandan adalah umpan yang kami eksperimentasikan. Roti Gardenia dipotong dadu kemudian dicangkuk seakan-akan sate. Umpan dilontar ke tengah-tengah lombong di mana ikan banyak didapati timbul mengambil udara. 

Penantian selama sejam akhirnya terbalas. Gua berjaya menjinakkan seekor tongsan sisik kasar lingkungan 1.5 kg. Nampaknya eksperimen umpan kami berjaya. Semangat kami kembali berkobar-kobar setelah ikan pertama berjaya dijinakkan. Kami kerap kali memeriksa umpan kerana bimbang kehabisan digetu tilapia yang dianggap pengacau. 

Gua beralih tempat ingin mencuba di lombong bersebelahan. Baru saja melabuhkan umpan tiba-tiba Pali terjerit-jerit bagai orang histeria lagaknya.  Gua berlari-lari anak mendapatkan Pali. Joran Bagus milik Pali yang agak keras itu melengkung ditarik sang ikan. Gua bersedia dengan lip grip. Lima minit kemudian, seekor ikan yang kami sangkakan tongsan sisik kasar rupa-rupanya rohu meronta-ronta di hujung tali. Ikan kedua buat kami menggunakan umpan eksperimen membuatkan kami bertambah yakin dengan umpan ini. Tambahan pula kedua-dua ikan yang berjaya dinaikkan terdiri daripada dua spesies yang berlainan. 

Kami meneruskan pancingan. Sambil memancing kami berbual-bual dengan Pak Cik Jusoh, seorang penduduk tempatan yang datang singgah dan lepak di tempat kami memancing. Sedang leka berbual, drag mesin Ryobi Zauber gua menyanyi lagu dangdut manakala rod cap ayam RM15 gua pula terhangguk-hangguk ala-ala head banging. Lantas rod dicapai dan drag diketatkan sedikit. Gua melawan ikan sebaik mungkin agar tidak rabut dipertengahan jalan. Gua dapat merasakan ikan dihujung tali agak besar berbanding ikan gua dapat sebelum ini. Sang ikan akhirnya keletihan dan menyerah diri kepada gua. Jelawat!!..itulah perkataan pertama terpancul dari mulut gua kerana tidak menyangka sama sekali jelawat yang terjerat dengan umpan roti. 

Akhirnya tiga ekor ikan berlainan jenis terjerat dengan umpan roti yang hanya ingin dicuba oleh kami. Memang satu kejayaan yang tidak disangka-sangka. Seekor ikan iaitu tongsan sisik kasar kami beri kepada Pak Cik Salleh, pak guard UTP, rohu pula kami beri kepada Kak Siti, tukang masak Restoran Tropika. Dan jelawat kami pilih untuk di masak pedas kerana jelawat dikatakan mempunyai isi yang enak. Akhirnya gua dapat juga merasa ikan jelawat tambah-tambah lagi yang di pancing sendiri. Memang syok tak terkata!

ikan pertama gua berumpankan roti pandan. Tongsan sisik kasar linkungan 1.5kg
lombong yang bakal dijadikan ladang itik
rohu anggaran 1.5kg berjaya dijinakkan oleh Pali
jelawat 3kg yang dianggap bonus memang tidak disangka terjerat dengan umpan roti pandan
tiga spesies berlainan membuktikan eksperimen umpan kami berjaya!

2 comments:

  1. tahniah la bro ! mmg terbaik entry ni , erm , nak tanye , serbuk pandan tu brand ape ek ? ade gaul dgn bnd lain ke ?

    ReplyDelete
  2. taman maju kat mane bro??hehehe...im a noob dlm mancing2 nie

    ReplyDelete

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left