Thursday, April 7, 2011

Tragedi March


Malam ni hujan agak lebat. Gua pun tidur awal ingat pagi esok lepas subuh nak shoot ke Air Kuning terus. Dah dua kali gua terlepas peacock bass (pb) size ikut anggaran kasar gua lebih 50cm. Pb yang terlucut itu mungkin boleh memadamkan rekod gua yang lalu. Bila dah dua kali terjadi, gua bertambah panas menyebabkan gua semakin kerap pergi ke Air Kuning. Seorang pun gua jalan walaupun gua tahu jalan untuk ke sana agak berbahaya sebab jalannya agak sunyi dan ramai kaki ‘pau’. Tapi Alhamdullilah setakat ini gua belum pernah alami apa-apa musibah sepanjang mengilat di Air Kuning.

Tepat jam 6.30 pagi, gua menunggang kapcai gua ke Air Kuning. Berbekalkan senjata joran Daiwa Crossbeat dan Scorpion XT pinjam yang belum dipulangkan, gua memecut kapcai gua dalam kedinginan pagi. Kali ini gua nekad untuk meneroka setiap pelusuk Air Kuning demi mencari pb monster untuk menebus kekecewaan yang dahulu.

Pukul 7.30 pagi gua dah terpacak di tepi lombong Air Kuning. Gua mencuba di port regular yang dipanggil ‘port Kenyir’ kerana di situ terdapat banyak kayu-kayu serta tunggul separa tenggelam seperti di Tasik Kenyir. Baru dua tiga kali cast, gua nampak gerombolan anak toman tidak jauh dari tempat gua berdiri. Gua cepat menukar gewang gua kepada popper untuk mengacau kawanan anak toman itu supaya dapat memberangkan si ibu. Baru saja popper gua jatuh si anak toman yang rupa-rupanya sudah sebesar lengan itu berebut-rebut meligan popper gua. Ceh!

Walaupun demikian, gua tetap layan anak-anak toman itu. Cukup untuk hilangkan bosan sebelum kawanan anak toman itu berpindah ke tempat lain atau ke tengah lombong. Masa itu gua dan anak toman sama-sama frenzy. Gua baling, dapat, kemudian lepas balik. Gua ingat hampir 10 ekor gua dapat anak-anak toman tersebut sebelum gua sendiri yang terkena mata kail.hahaha! 

Kerana terlalu gopoh dan ingin cepat, gua cabut treble hook yang mengena anak toman itu pakai tangan tanpa menggunakan player serta tanpa meletakkan ikan tersebut di atas tanah terlebih dahulu. Natijahnya, treble hook yang lagi satu tertancap kemas di tepi ibu jari gua apabila anak toman itu meronta-ronta. Dan anak toman yang terakhir itu gua terpaksa tamatkan riwayatnya untuk mengelaknya dari terus meronta dan membenamkan mata kail lebih dalam ke dalam ibu jari gua. Maafkan gua wahai anak toman!

Nampaknya misi pemburuan pb monster terpaksa gua tamatkan. Usaha untuk operate sendiri ibu jari gua tidak berjaya. Mata kail terbenam betul-betul di tepi kuku di tambah dengan mata pandan, gua terpaksa cabut di klinik. Hampeh!

Apa yang paling sukar adalah semasa menunggang kapcai gua balik ke UTP. Empat jari digunakan untuk memulas throttle dan gewang pula masih melekat di ibu jari dengan mata kail masih tertancap kemas. Untuk melepasi jalan tidak berturap punyalah seksa. Setiap kali kapcai gua terjun lubang, setiap kali itulah gua rasa ngilu apabila gewang bergoyang-goyang. Gua terpaksa menunggang kapcai gua dengan perlahan. Perjalanan yang kebiasaan hanyalah sejam melangkaui hampir dua jam.   

Mata kail tersebut akhirnya berjaya dicabut oleh doktor di klinik UTP. Mahu saja gua menjerit semasa dicabut tetapi semasa operation dijalankan terdapat dua orang nurse di klinik UTP yang cantik lagi menawan. Terpaksalah gua control macho dan berpura-pura tidak sakit.

Pengajaran yang gua dapat melalui tragedi ini pertamanya jika ingin keluar memancing seelok-eloknya pergi berteman. Itu baru kena mata kail, macam mana kalau dipatuk ular ke, lemas ke, pitam sebab panas ke. Tak ke naya kalau semua itu berlaku kalau kita berseorangan. Keduanya, untuk kes seperti gua ni, kalau nak buang mata kail di mulut ikan, silalah pakai player ye. Berape sen je player cap Bakau. Baru RM6.50 di Tce Tackles. Set pancing beribu boleh dibeli takkan player tak boleh beli. Gua lain. Gua dah frenzy masa tu. Ada je player dalam beg. Hahaha!

Jadi, silalah patuhi undang-undang semasa memancing. Pancing cermat jiwa selamat. Selamat memancing =) 

double hook-up toman dan ibu jari gua

     
close-up
   

1 comment:

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left