Saturday, April 9, 2011

Ini Bukan Cerita Tahyul


Pada suatu hari,burung-burung pun berkicauan pada hari tu. Ada yang bekerja, ada yang bergembira…

Gua, Pali, Poman, dan juga Madi setia menunggu pancing masing-masing di bawah pepohon yang redup. Mata kami tidak lekang dari memandang joran masing-masing. Umpan juga sentiasa diperiksa dan ditukar ganti. Harapan kami begitu besar untuk mendapatkan ikan idaman masing-masing. Sesekali si pengacau tilapia menggetu umpan kami membuatkan kami berasa sedikit tertekan. 

“kalau dapat tilapia lagi kite bakor je, kite bakor” luah Poman yang semakin hilang sabar.

Pali mengangguk-angguk tanda setuju dengan Poman.

Gua cuba bertenang dengan situasi tersebut. Madi gua mendapati sedang melakukan sesuatu. Beliau duduk bersila di depan jorannya sambil mata terpejam rapat manakala kepalanya terhangguk-hangguk. Mulut beliau pula terkumat-kamit melafazkan sesuatu. Gua mendekati Madi untuk memastikannya.

“Plawok,plawok,plawok,plawok,plawok,plawok,plawok,plawok………”

Hanya itu sajalah perkataan yang keluar dari mulut Madi. Baru saja gua ingin mencuit bahu si Madi, gua dihalang oleh Pali dan Poman. Kata mereka Madi sedang menjampi joran beliau untuk mendapatkan ‘ong’. Barulah gua faham. Gua cuma bimbang manalah tahu tiba-tiba dirasuk oleh zomba. Kaki-kaki pancing di luar sana sentiasa diingatkan supaya menjaga tingkah laku dan tutur kata semasa memancing terutamanya melibatkan trip-trip di dalam hutan. Pelbagai kes pernah dilaporkan berlaku sama ada bertulis atau pun lisan yang melibatkan konflik di antara manusia dan makhluk ghaib. 

Tidak sampai lima minit selepas Madi menjampi joran beliau, satu tarikan ganas berlaku ke atas jorannya. Madi yang sedang mengelap peluh di dahi bergerak pantas menuju ke arah jorannya lantas dicapai dan dibalas sekuat mungkin agar mata kail tertancap kemas di mulut sang ikan. Madi berlawan dengan sang ikan diiringi sorakan semangat dari kami bertiga. Kami saling berteka-teki ikan apakah yang bakal muncul. Rohu, tongsan, atau jelawat?. Akhirnya, sang ikan tidak berdaya lagi. Dan ikan yang tertewas adalah tongsan sisik kasar berat dalam lingkungan 1.5 kg. 

“kalau ngak penuh ilmu di dada, takkan tewas tongsan ini ditanganku” kata Madi dengan bangga.
Manakala kami bertiga hanya dapat berpuas hati dengan tilapia-tilapia yang begitu banyak dan rakus meragut umpan kami. Namun begitu, kami tetap bersyukur dan meraikan Madi sebagai seorang juara pada trip kali ini dengan mendendangkan lagu Cinta Kristal bersama-sama.

Sinar matamu bagai api menyambar
Haruskah engkau dan aku sama
Bara restu cintamu aku terpandang
Oleh pancaran demi cinta kristal

Kini aku terlontar ke dasar cintamu suci
Kini aku mengenal akan kepastian
Agungnya cintamu
Hangat membakar panas membara

Mentari cintaku ini jangan dipadamkan
Jika terpadam fanalah harapan

Kasih tunjukkan aku murni cintamu kasih
Biar aku ilhamkan akan kesucian
Kasih dan cintamu
Terus memancar terus membara

Jangan padamkan mentari cinta
Jangan padamkan demi cinta kristal
Bawa ku pulang ( 3X )

Champion dengan trofi kemenangan
Tilapia yang begitu rakus mencuri umpan kami

   

No comments:

Post a Comment

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left