Saturday, March 12, 2011

Ceritera Kolam Doraemon

Seminggu sebelum majlis convocation, Labib men-sms gua untuk tumpang dibilik gua. Gua yang sememangnya baik hati ini dengan berbesar hati mengalu-alukan kedatangan Labib. Siap pesan lagi suruh bawak joran sebab nak bawak geng mereka casting di Kampung Pisang. Seminggu sebelum itu komplot gua dengan Meji, Sha, Pali, & Jimi berjaya menewaskan berbelas-belas ekor peacock bass.

Dalam pukul 12.00 tengah hari, Labib dengan seorang lagi kawan dia sampai di bilik gua. Lepak-lepak sambil sembang pasal isu Anuar liwat Saiful sementara menunggu kawan-kawan mereka yang lain sampai UTP. Kemudian lagu Tenda Biru kedengaran dari telefon bimbit Labib.

"dah sampai agaknya orang yang Labib tunggu tu" bisik hati gua

Labib bergegas keluar dari bilik gua setelah meminta izin dengan gua dan berpesan supaya menunggu sms dari beliau. Tepat pukul 3 gua menerima sms dari Labib yang tertera:

" We, tuka plan.saim kawe ajok g ngail kole doremon.jum g slalu,kwe gerok doh ni ngan saim kwe"

gua dengan pantas mereply:

"bereh boh"

Dengan sekelip mata gua dah terpacak di kolam Doraemon. Suasana agak meriah kerana hampir 15 orang kawan-kawan Labib turut serta. Gua pun agak terkejut kerana tak sangka ramai geng mereka yang kaki pancing. Tapi macam biasa gua pura-pura cool. Tanpa membuang masa gua tanpa segan silu  gua merembat umpan dedak yang dah disediakan mereka dan pendek cerita kami pun mula memancing. Sejam berlalu. Semua dah tak senang duduk dan saling menyalahkan satu sama lain. Umpan polan lembik sangat lah. Polan tak taruk minyak belangkas lah. Gua yang dah biasa dengan situasi ini diam dan memerhati saja sebelum bertindak. Sebabnya gua pun memang tak reti dengan umpan-umpan ikan kolam ni. keh3. Kemudian, gua pergi jumpa Doraemon dan cuba slow talk dengan beliau bertanya rahsia ikan-ikan kolam beliau ni. Beliau dengan selamber menjawab:

"geng-geng hang ni belum sampai taraf lagi nak main rohu dan patin kolam aku"

Gua yang dah panas telinga terus bergegas ke FA Aquarium untuk membeli cacing dengan azam untuk mendaratkan patin menggunakan umpan cacing kerana mengikut  buku sejarah Pancing Malaya cacing adalah umpan universal bagi semua jenis ikan.

Dipendekkan cerita lagi, kami pun mula memancing menggunakan cacing dan sesetengah masih setia dengan dedak bancuhan ramuan rahsia masing-masing. Tiba-tiba joran gua disentap ganas hampir terjun kolam. Gua sepantas kilat menyambar joran gua dan adegan tarik-menarik pun berlaku antara gua dengan ikan yang masih misteri identitinya. Perlawanan agak dramatik dimana sang ikan masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu menyerah kalah. Apabila gua berjaya menarik separuh tali kedalam spool, dua tiga paruh ditarik ikan kembali.

"ini bukan keli ni, kalau keli tarik bodo je" bisik hati gua untuk meyakinkan diri sendiri bahawa patin yang terkena dan membuktikan kepada Doraemon bahawa kami juga boleh menjinakkan patin dikolam beliau walaupun berumpankan cacing.

Setelah hampir ke tebing, sah bahawa patin yang terjerat. Akhirnya Patin skala 3kg berjaya ditewaskan. Gua segera berpaling ke arah Doraemon sambil menjulang ikan tinggi-tinggi berharap dia lihat. Tiba-tiba gua lihat Doraemon pura-pura dongok ke atas sambil menunjukkan burung kepada anak kecik beliau.

"hahahahaha" gua ketawa dalam hati dengan rasa puas yang amat.

Selang beberapa ketika, seorang sahabat Labib iaitu Lan menerima rentapan kasar daripada sang ikan. Berlakulah sekali lagi perlawanan yang teramat sengit diantara Lan dengan sang ikan. Beberapa ketika berlalu, sang ikan tiada tanda-tanda mahu menyerah kalah memaksa Lan menggunakan hikmat mengetatkan drag ke tahap maksima dan akhirnya seekor lagi ikan yang ditujukan khas buat tokeh doraemon berjaya didaratkan iaitu tidak lain tidak bukan ikan patin. Kali ini patin terjerat dengan umpan dedak ramuan turun temurun saudara Lan. Gua sekali lagi melihat Doraemon menunjuk-nunjuk kearah pokok kepada anak beliau. Gua pun usya tengok sekali namun tiada apa-apa yang menarik ada diatas pokok itu melainkan daun-daun dan dahan-dahan pokok tersebut.

"hihi,huhu,haha" ketawa gua dalam hati. Nak ketawa kuat-kuat takut dihalau dan diblacklist pula oleh Doraemon.

Petang itu saja kami berjaya mendaratkan beberapa ekor ikan keli,rohu,lee koh, dan patin menggunakan campuran dedak 'tak capai taraf' kami serta cacing.Hanya gambar patin dirakam kerana ikan terlalu frenzy membantai dedak 'tak capai taraf' kami dan juga cacing sehingga tak sempat mengeluarkan kamera. Setelah dikaji bukanlah masalah dedak kami yang menjadi penyebab tetapi waktu makan ikan iaitu ikan-ikan kolam ini akan aktif menjamah umpan pada lewat petang. Semoga bertemu lagi Doraemon!


patin pertama guna umpan cacing
patin kedua saudara Lan menggunakan dedak 'tak capai taraf'

No comments:

Post a Comment

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left