Semenjak bekerja di Kuantan, gua sempat meneroka beberapa spot memancing. Antara spot yang kerap gua kunjungi adalah spot ikan bulan di pantai Balok selain beberapa spot ikan haruan di kawasan ladang kelapa sawit di jalan menuju ke Jabor. Gua juga ada melakukan kunjungan ke spot-spot yang dikatakan berpotensi untuk mengilat si raja muara, sang siakap iaitu di Kuala Balok, Esplanade Kuantan, dan Kuantan 'breakwater' atau pemecah ombak Kuantan namun masih tiada rezeki. Gua akan terus mencuba!
|
Walaupun kecil, namun ibu haruan ini sangat garang apabila anak-anaknya dikacau. Haruan ini selamat dilepaskan kembali supaya dapat terus menjaga anak-anaknya. |
|
Spot ini gua dapat tahu melalui sekumpulan kanak-kanak yang sedang memancing ikan keli didalam longkang di perumahan Balok Permai. |
|
Setelah dua kali miss, si haruan ini masih tidak serik untuk menyambar gewang katak untuk kali ketiga. |
|
Ikan bulan paling kecil yang pernah gua tewaskan. |
|
Spot feveret gua semenjak menetap di Kuantan. Setiap kali turun spot ini pasti tidak menghampakan. |
|
Gara-gara gelojoh berebutkan spinfly, ikan ini terkena di kepala. Kecil-kecil pun banyak samseng ini ikan! |
No comments:
Post a Comment