Saturday, February 27, 2016

Sehari di Jeli - Memburu Sikang dan Sebarau

Jumaat, 10 malam, gua, Yo, dan Heri bertolak dari Pasir Mas ke Jeli. Malam itu kami tidur di rumah mertua Heri di Kampung Lawar. Misi kedatangan kami ke Jeli adalah tidak lain tidak bukan untuk mengilat di sungai-sungai pergunungan sekitar jajahan Jeli ini yang terkenal dengan ikan sikang dan sebarau. Rancangannya, jelajah satu demi satu sungai yang dirasakan berpotensi. Heri selaku tuan rumah akan bertindak sebagai guide untuk menjayakan misi kami ini. Selama beberapa jam mengilat di beberapa batang sungai dan jeram, banyak juga sikang juvenile yang berjaya kami bertiga tewaskan, manakala sang sebarau pula tidak semesra sikang. Hanya seekor sahaja sebarau berjaya ditipu dengan lenggokan gewang!

Suasana berkabus dan nyaman awal pagi di sungai pergunungan Jeli 

Sebarau pembuka tirai diperdaya dengan Senses Savior 

Longgokan batu sungai membentuk jeram-jeram kecil merupakan target kami membaling gewang kerana kebiasaannya disitulah kubu hendapan sang sebarau 

Sikang, satu lagi spesies buruan utama di sungai pergunungan Jeli selain sebarau 

Spoon atau sesudu, senjata paling ampuh untuk si sikang 

Spoon Megabass warna hijau yang digunakan oleh Yo ini paling laku untuk sikang di sini

Kecil-kecil cili padi, garang sungguh!

Sikang boleh dilihat mengejar spoon di air yang jernih ini 

Spinfly juga didapati sangat efektif terutamanya apabila sikang mula culas dengan spoon 

Set ultralight vs sikang

Penghibur sungai pergunungan, terima kasih diucapkan! 

No comments:

Post a Comment

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left