Saturday, May 14, 2016

Berkhemah di Temenggor Selatan

Trip kali ini kami akan terjah ke Kema yang terletak di bahagian selatan Tasik Temenggor. Dengan memacu bot fiber berkuasa kuda 20hp, kira-kira 1 jam 30 minit masa diambil untuk sampai ke Kema. Boleh tahan jauh! Selama 2 hari 1 malam kami di sana hasil tidak begitu memberangsangkan memandangkan sekarang adalah di luar musim. Panas ceng...Adoiii...Apa-apa pun janji kami dapat enjoy...Yeahhhhh!!!!

Loading barang ke dalam pacuan 4x4, bersedia untuk bertolak ke Banding

Pulau yang akan menjadi singgahsana kami beristirehat selama 2 hari 1 malam

'Resort' di dalam hutan. Cukup selesa! 

Bbq kambing. Memang umphhhhh..

Apa yang penting?...kerjasama!!

Sebarau goreng kunyit pon adoo...

Datang memancing ke tengok batu bang??...kekeke

Mama toman kecundang dengan gewang Rapala Fat Rap Fire Tiger 

Gewang sinking minnow Senses Savior untuk sang sebarau disambut oleh toman bujang ini. Nasib kau la man, sapa suruh bedal 

Toman bujang agak senang di buru dengan kaedah 'sight cast' iaitu tunggu ia timbul menghirup udara dan sepantas kilat gewang dilontar kearahnya

Mama toman diberi bantuan pernafasan seketika sebelum dilepaskan kembali 

Jatuh tepat di dalam kawanan anaknya, mama toman ini tanpa ragu-ragu membaham gewang jenis 'crank' keluaran Salmo ini 

Mat rempit pon bolehhhh

Lagi mat rempit. Bolehlahhhh

Sebarau cukup payah di kala musim panas. Jarang-jarang sekali dapat bersua muka  

Penggunaan gewang sinking minnow paling efektif untuk menjerat sebarau luar musim 

Selamat tinggal Kema. Hujung tahun kami datang lagi! 

No comments:

Post a Comment

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left