Semasa tiba di lokasi, gua amati tempat tersebut seolah-olah tidak logik untuk dihuni oleh sang siakap kerana kolam ini tidak mempunyai akses keluar masuk atau sambungan dengan mana-mana sungai atau parit berhampiran. Di dalamnya pula dipenuhi dengan samai yang agak padat.
Sementara Iwe meneruskan usaha untuk memburu si siakap, gua menukar misi dari memburu siakap kepada memburu haruan kerana lokasi tersebut didapati lebih sesuai sebagai tempat kediaman sang haruan berbanding siakap. Akhirnya, 6 ekor haruan curut berjaya gua tewaskan manakala seekor oleh Iwe yang turut memburu haruan setelah usaha untuk menjerat siakap gagal.
Namun demikian, kehadiran siakap di dalam kolam itu tidak dapat disangkalkan dengan bukti-bukti lisan daripada beberapa orang penduduk tempatan yang kami temui. Kebanyakan mereka akan bercerita tentang siakap-siakap gadang yang pernah dinaikkan oleh pemancing-pemancing tempatan dan pekerja 'bangla' di kawasan tersebut. Bukti ini menjadi semangat buat kami untuk meneruskan usaha memburu siakap di kolam ini lagi di lain masa.
Sempat 'bermain' dengan 'pok kor' sebelum memancing. |
Sempat singgah di Semerak melihat pemancing tempatan memancing. |
Di sini juga menjadi santuari bagi siakap dan siakap merah. |
Inilah kolam yang kami gempur pada misi kali ini. |
Ikan haruan pertama yang membuatkan gua tidak lagi fokus kepada siakap sebaliknya asyik dengan spesies kepala ular ini. |
Haruan kecil ini begitu rakus sambarannya sehingga matakail mengenai matanya. |
Haruan terbesar trip namun masih bergelar 'curut'. |
Miss kali pertama tetapi masih menyambar untuk kali kedua. |
Haruan ini pula menyambar ketika karauan dibuat semasa tali tersangkut pada hujung ranting sebatang pokok yang berjuntai di tepi kolam. |
Haruan terakhir. Cukup seronok melayan haruan-haruan ini semua walaupun misi utama memburu siakap gagal sepenuhnya. |
No comments:
Post a Comment