Komplot gua dan Iwe di sebuah tali air di kawasan Wakaf Bharu berjaya menewaskan seekor haruan. Haruan yang agak gemuk ini ditewaskan oleh Iwe menggunakan janggut atau spinnerbait. Pemburuan haruan diteruskan selepas haruan pertama ini ditewaskan namun hanya sambaran sahaja diterima. Mungkin nasib tidak menyebelahi kami. 'Till next time Mr. Channa'
|
Parit yang kami gempur. |
|
Karauan selari dengan rumput menggunakan janggut berjaya membuka selera haruan ini yang semestinya sedang menanti mangsanya di celah rimbunan rumput. |
|
Iwe tersenyum dengan tertewasnya haruan tunggal komplot ini. |
|
Haruan yang sedikit gemuk ini berukuran 40cm panjang. |
letih la hari2 nak g ngail ruan...hahaha
ReplyDelete