Misi jelajah sekitar jajahan Tumpat berjaya menemukan dengan beberapa spot pancingan yang berpotensi dan dipercayai dihuni oleh haruan-haruan gadang. Pada misi kali ini hanya dua ekor haruan (channa striata) berjaya ditewaskan, seekor oleh gua sendiri manakala seekor lagi oleh sahabat gua, Iwe Ridzuan. Namun begitu, bilangan yang ‘miss’ sambaran serta rabut semasa berlawan tidak terkira. Misi susulan untuk membalas dendam bakal menyusul.
Sepanjang parit ini banyak sambaran diterima namun banyak yang miss berkemungkinan dari si curut. |
Tempat persembunyian yang ideal bagi spesies 'snakehead' untuk menyerang hendap mangsanya. |
Bujuk juga dipercayai menjadi penghuni di parit ini. |
Haruan sulung trip menggunakan gewang katak favorite, Eupro Superior. |
Sejenis mengkarung atau panggilan tempatannya 'pok kor' |
'Blossom water lily' |
Penduduk tempatan yang berbangsa siam kelantan juga agak ramai turun memancing. |
Iwe sedang menukar tali kepada poundage yang lebih kasar untuk serangan pada sebelah petang. |
Tekun menanti sambaran. |
Akhirnya usaha Iwe berbaloi apabila dihadiahkan dengan seekor haruan seberat 0.65 kg menggunakan janggut. |
Solid hook-up! |
35 cm panjang. |
Lubuk di mana Iwe berjaya menewaskan haruan beliau. Dipercayai masih banyak 'monster' bersarang di dalamnya. |
Sempat mencuba sebarau walaupun air agak rendah dan keruh. |
No comments:
Post a Comment