Thursday, June 23, 2011

Ke Mana Menghilang Toman Empangan Bukit Kwong?

Trip menjejak toman Empangan Bukit Kwong menemui jalan buntu. Setiap ceruk empangan di hayun gewang bagi memujuk sang toman namun kelibat pun tidak kelihatan. Sekali sekala ada sentuhan manja dari si penghuni ke atas gewang namun tidak dapat dipastikan apakah spesiesnya. Begitulah rentetan peristiwa yang berlaku semasa kunjungan kami di Empangan Bukit Kwong yang terdiri daripada gua sendiri, Iwe Ridzuan, Mad (Kurt Ading), dan Epi (Arashi Rindu Dia).

Suatu ketika dulu Empangan Bukit Kwong begitu gah dengan cerita sensasi toman-toman gadangnya. Cerita dari ayah gua sendiri yang menjadi bukti. Beliau dan rakan-rakan akan ke sana setiap hujung minggu. Bukan untuk memancing tapi untuk menembak. Toman seberat 5 kg ke atas selalu menjadi habuan mereka.

Tetapi kini ke mana menghilang semua toman-toman di sini. Melalui cerita seorang penduduk tempatan yang kami temui semasa beristirehat di sebuah kedai, kegiatan menuba dan mengaran menjadi amalan penduduk di sini untuk menangkap ikan. Belum lagi di campur dengan aktiviti memukat dan merawai yang begitu berleluasa yang dapat kami saksikan sendiri semasa mengilat.

Kesimpulannya, itulah yang bakal berlaku terhadap mana-mana padang pancing yang tidak diselia dan dijaga dengan baik oleh penduduk setempat. Penduduk setempat seharusnya menyedari akibat negatif hasil daripada aktiviti menuba dan mengaran. Mereka sepatutnya bukan sahaja menghindari daripada mengamalkannya malah mengambil inisiatif untuk mencegahnya daripada berlaku di tempat mereka demi menjamin populasi ikan untuk jangka masa yang panjang. 





Empangan Bukit Kwong yang agak surut semasa kunjungan kami.

Termenung mengenang nasib kumpau.

Senyum yang dibuat-buat untuk menutup kekecewaan kumpau.

Survival training.

Hayunan yang ke-100.

Nak memancing ke berperang bang?

Senjata.

Bangkai kepala ikan haruan yang ditemui tinggalan penduduk setempat yang datang bermalam di sini.

Ikan terbul mati. Mungkin ditinggalkan di atas darat selepas di jala atau dipancing.

'Tawaf' tasik untuk menjejak toman.

Haruan besar ini ditemui mati terapung tanpa mengetahui puncanya. Mungkinkah terkena alat pengaran tetapi terlepas pandang oleh si pengaran?

Perjuangan diteruskan.

Lunch time.

Sambil makan sambil memikirkan strategi serangan seterusnya.

Beijing??

Sedang memujuk mama haruan. 

Sekali sangkut daa!!!

Port ini sebenarnya hanya terletak kira-kira kurang 50m dari Thailand. Hanya dipisahkan oleh sebatang sungai iaitu sungai   Golok.

Kembali ke empangan Bukit Kwong untuk meneruskan misi menjejak toman.

Akhirnya!!!Seekor haruan terpedaya dengan lenggokan gewang pensil yang pada mulanya disangkakan toman. Haruan ini ditewaskan oleh saudara Mad.

Selamat tinggal kawan!

No comments:

Post a Comment

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left