Sunday, May 1, 2011

Kompilasi Komplot Singkat


Tiap-tiap petang gua dan kawan-kawan suka melepak. Sambil lepak kami casting. Sambil casting kami borak. Sambil borak kami ketawa. Hilang tekanan,hilang semua masalah. Untuk seketika. 

Gua tak nak sembang banyak kali ni, gua penat baru balik dari Masjid Amru Al-As dekat Bandar Baru Sentul. Ada upacara sumpah laknat perlu gua selesaikan tadi. 

Banyak pula perkara yang berlaku kebelakangan ini. Acara casting pun terpaksa gua kurangkan dek kesibukan melampau. Dalam kesibukan sempat juga turun kadang-kadang pada waktu petang di port-port berhampiran. Dapatlah lepaskan gian. Kalau tak turun langsung tak dapat buat kerja, tangan terketar-ketar.

Gambar-gambar di bawah adalah kompilasi komplot singkat gua. Lu orang layan je la gambar-gambar tu. Sekejap lagi gua nak naik flight ke London, seorang kawan gua, William, bakal berkahwin. Beliau nak makan ikan kelah stim semasa majlis resepsi, terpaksalah gua ke London hantar ikan kelah beliau ni. 

Balik dari London ni ada satu trip mengilat di port baik punyer. Peacock bass 2.4kg ditewaskan oleh salah seorang sahabat sifu gua di port terbabit. Gua pun dah tak sabar nak pergi. Tunggulah laporan yang akan menyusul nanti. Babai.

Brader Chua & peacock bass di Batu Gajah menggunakan Megabass Dog-X.

Haruan curut dengan Eupro Froggy.




Eupro Froggy sangat killer untuk spesies snakehead. Mata kail di belakang badan meningkatkan kadar untuk hook-up.

Sempat casting haruan di celah-celah joran bottom.

Seekor mama haruan tertewas. Dianggarkan seberat 0.9kg.

Orang baru tersenyum dapat lesen haruan.

Cukup seronok melihat peacock bass menghentam popper. Dua kali miss namun berjaya hook-up pada hentaman yang ketiga.

Pali berjaya menewaskan peacock bass menggunakan Rapala Flat-Rap. Satu lagi gewang yang cukup killer untuk spesies Cichla ini.

Seekor lagi haruan yang agak kasar berjaya ditewaskan. Yang ini seberat 0.8 kg. Haruan ini tertipu dengan Chug Bug yang baru dibeli.

Haruan lepas hujan. Casting di celah-celah rumput yang ditenggelami air dan nantikan sambaran darinya.

Kecik-kecik cili padi. Walaupun kecik namun berani menghentam gewang yang hampir sama besar dengannya.

No comments:

Post a Comment

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left