Tuesday, June 2, 2015

Bolehkah Ikan Seriding di Jadikan Umpan?

Selama ini gua telah ditanam di benak pemikiran oleh para pencari ikan bahawa ikan seriding tidak boleh dijadikan umpan. Alasan mereka tubuh berduri ikan seriding menyebabkan ikan pemangsa tidak akan memakan mereka. Sehinggalah pada suatu hari, gua menerima ajakan dari seorang rakan pancing, Ab Apis untuk satu trip "Back to Future" (read: using old practice in present day)

Mr Yusri, yang juga seorang tester lapangan Mustad atau mesra dengan panggilan Abang Yus, orang yang bertanggungjawab mengubah persepsi gua terhadap ikan seriding. Ikan seriding atau cardinalfish, adalah sejenis ikan kecil yang tergolong di dalam keluarga Apogonidae. Ia senang ditemui di kawasan karang, pantai dan juga kuala laut. 

Menurut Abang Yus, ikan seriding begitu efektif digunakan sebagai umpan untuk menjerat ikan selangat. Untuk membuktikan teori ini, kami bertiga ke Kuala Tok Bali untuk misi Back to Future ini. Seusai membeli bekalan makanan dan umpan sotong yang akan digunakan untuk memancing seriding, kami tanpa lengah menuju ke spot memancing. 

Ikan seriding dipancing terlebih dulu dan disimpan didalam satu bekas khas. Setelah merasakan umpan ikan seriding telah mencukupi, maka bermulalah misi kami membuktikan teori umpan seriding ini. 

Tidak lama kemudian, joran gua melentur ditarik ikan. Sedikit kalut, gua berlari ke arah joran dan menyambar sepantas kilat serta melayan ikan dengan sebaik mungkin. Apabila kelihatan kelibat sang ikan, nyata ianya adalah ikan selangat. Maka, dengan tertewasnya ikan selangat ini, teori umpan seriding boleh dijadikan umpan pancing adalah benar, tiada yang benar melainkan benar belaka. 

Terima kasih Abang Yus!


Ikan seriding dipancing terlebih dahulu menggunakan umpan sotong yang dipotong kecil 

Inilah rupa ikan seriding dan cara cangkuk pada mata kail yang kami praktikkan 

Suasana damai di Kuala Tok Bali

Ikan seriding ini hancur dikerjakan sang selangat namun tidak berjaya hook-up

Selangat on live seriding bait. Ternyata tanggapan gua bahawa ikan seriding tidak boleh dijadikan umpan pancing adalah palsu

Ikan tetanda ini dipancing oleh Syahrul Izwan juga berumpankan seriding. Selain selangat, umpan seriding juga dipercayai efektif digunakan untuk memburu ikan siakap merah, tetanda, dan ikan bedukang

Sebelah malam kami hanya memancing gelama lantaran selangat mulai kurang aktif akibat pengaruh air pasang surut 

Sesi memacing diakhiri dengan BBQ sotong. Marvelous!

3 comments:

  1. itu senangin bukan selangat bos.hihi.. saya pernah pakai juga umpan seriding tapi disambar ikan besar sangat habit hook jadi lurus

    ReplyDelete
  2. Anjat jap tgk ikan selangat nye

    ReplyDelete
  3. The Hotel at Borgata Hotel Casino & Spa
    This casino is not a 포항 출장마사지 casino. View 구리 출장샵 the 평택 출장샵 map and other data you may need to 보령 출장샵 plan your trip 용인 출장샵 to Borgata and book online. Rating: 8.6/10 · ‎966 reviews

    ReplyDelete

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left