Lata Janggut terletak di dalam Jajahan Jeli, Kelantan merupakan sebuah pusat rekreasi air terjun. Trip gua bersama rakan caster ke sana baru-baru ini adalah untuk memburu spesies ikan yang dianggap
'rare' dan
'elusive' iaitu ikan sikang yang dikatakan masih banyak terdapat di Lata Janggut ini.
 |
| Kami dihiburkan oleh itik serati yang jinak di kedai yang kami singgah untuk bersarapan |
 |
| Suasana yang tenang di Lata Janggut |
 |
| Saufi sedang tekun memujuk si sikang |
 |
| Sikang pertama ditewaskan oleh Syahrul menggunakan sesudu mikro ekonomi jenama Bakau. Penggunaan mata kail bersaiz kecil amat penting untuk memastikan kadar hookup yang lebih efisyen |
 |
| Selamat dilepaskan kembali ke habitat asalnya |
 |
| Sikang dilihat lebih aktif pada waktu tengah hari yang panas berbanding pada waktu petang yang redup |
 |
| Sikang akan mengejar sesudu dan menghentam sesudu secara berkumpulan. Henjutan yang perlahan sudah mencukupi untuk memastikan mata kail tertancap kemas di mulut si sikang |
 |
| Sebarau juvenile yang berkongsi habitat dengan sikang turut tergoda oleh gelekan sesudu |
 |
| Semoga membesar dengan selamat dan berjumpa lagi di masa hadapan! |
 |
| Lesen sikang Apis juga digoda menggunakan sesudu Bakau. Murah dan berkesan! |
 |
| Spesimen terbesar trip kami pada kali ini ditewaskan oleh Apis |
 |
| Apis yang mendapat bonus, seekor bujuk! |
 |
| Setelah seharian penat mengilat, kita mandi duluuuuu!!! |
Terbaik bang...
ReplyDeleteterima kasih bang...
ReplyDelete