Monday, April 29, 2013

Pemburu Haruan

Bermula bulan April, boleh dikatakan musim hujan telah tiba ke penghujungnya. Musim mengilat sebarau juga bertukar suasana. Tidak lagi semeriah sewaktu musim hujan. Kebanyakan kaki mengilat akan fokus pada air masin pula untuk mengilat ikan seperti siakap dan siakap merah. Gua dan rakan-rakan caster juga tidak ketinggalan untuk mencuba nasib di sekitar benteng pemecah ombak dan juga muara sungai untuk menduga siakap terutamanya namun rezeki masih tidak menyebelahi nasib kami. Namun, sebagai alternatif, kami akan turun ke lubuk-lubuk haruan kerana haruan merupakan ikan yang boleh dipancing tanpa mengira musim sama ada musim hujan mahu pun kemarau. Foto-foto di bawah adalah antara haruan yang berjaya kami tewaskan. 

Haruan yang ditewaskan menggunakan spinnerbait keluaran Seahawk

Haruan ini dilihat timbul mengambil udara sebelum softplastic dilontarkan kepadanya

Haruan berskala 1 kg dijinakkan oleh Yo menggunakan spinnerbait

Sang haruan bersama set yang digunakan

Selamat tinggal kawan, semoga jumpa lagi!

Haruan seberat 2 kg ini memberi tentangan yang mengujakan sebelum ditewaskan

Toman, saudara terdekat haruan yang berkongsi habitat turut terjerat

No comments:

Post a Comment

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left