Friday, February 1, 2013

Bottom Vs Casting

Trip gua dan Syahrul membottom dan casting di Sungai Golok. Setelah joran bottom dipasang, kami mula casting. Ikan pertama yang didaratkan adalah melalui teknik casting iaitu sang sebarau oleh Syahrul. Ikan kedua juga ditewaskan melalui teknik casting, juga ikan sebarau. Keputusan semasa bottom 0 casting 2. Kemudian, barulah teknik bottom berjaya mendapatkan seekor ikan iaitu ikan selat. Tidak lama berselang, teknik bottom berjaya menyamakan kedudukan dengan seekor lagi ikan tertewas iaitu ikan lais. Kedudukan semasa masih terikat 2-2 dengan masa berbaki sedikit sahaja lagi sebelum azan maghrib berkumandang. Beberapa minit sebelum senja melabuhkan tirainya, teknik casting berjaya mendapatkan seekor lagi sang sebarau menjadikan kedudukan akhir casting 3 bottom 2 sekaligus menobatkan teknik casting sebagai juara joran emas raja-raja.


Sebarau pertama oleh Syahrul menggunakan spoon Bakau  

Sebarau kedua oleh gua juga menggunakan spoon Bakau, spoon ekonomi yang efektif

Selat yang tergoda dengan umpan cacing

Lais ini cuba memakan umpan perut ayam yang lebih panjang dari badannya sendiri

Sebarau terakhir yang menyambar 3D popper milik Syahrul  

Close-up sebarau bersama gewang lagenda Yozuri 3D popper





1 comment:

  1. Smart blog boh.. Salam perkenalan.. :)

    http://luieonthemove.blogspot.com/

    ReplyDelete

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left