Wednesday, July 4, 2012

Memancing Minggu Konvokesyen

Orang lain sibuk dengan persiapan untuk majlis konvokesyen tapi gua dan rakan-rakan seperjuangan ada agenda lain. Apa lagi kalau bukan memancing. Bukan senang nak jumpa ramai-ramai ni lepas habis belajar. Beberapa lombong regular di terjah untuk menduga sang PB atau haruan atau apa saja yang sudi meragut gewang kami. Namun mungkin atas beberapa faktor alam ikan tidak beberapa galak. Hanya beberapa ekor PB sederhana besar dan kecil sahaja berjaya ditawan.

Universiti juga telah menganjurkan pertandingan memancing sempena konvokesyen ini bertempat di kolam utama universiti yang terletak berhadapan dengan pintu pagar utama. Sambutan agak menggalakkan daripada pelajar-pelajar universiti serta peserta dari luar. Seekor haruan seberat 1.4kg telah dinobatkan sebagai johan pada pertandingan ini.

PB remaja yang menyambar Owner Zip & Ziggy di awal pagi

Close-up gewang dan ikan. Solid hookup

PB ini menunggu mangsa di aliran air keluar dari kolam ke lombong. Perhatikan aliran air tersebut di belakang

Haruan seberat 1.4kg yang menjuarai pertandingan memancing yang dianjurkan oleh universiti Teknologi PETRONAS
Sebahagian hasil tangkapan peserta yang di dominasi oleh spesies lohan

Antara peserta yang mengambil bahagian

Salah seorang marsyal penimbang ikan yang ditangkap peserta

Spesies lohan hidup dengan subur di tasik UTP hingga mampu mencapai berat hampir sekilogram

Toman spesies tempatan yang terpaksa hidup merempat di habitat sendiri  akibat daripada kemasukan spesies asing seperti lohan ini

No comments:

Post a Comment

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left