Wednesday, July 4, 2012

Melentur Buluh Biarlah Dari Rebung

Pepatah melayu melentur buluh biarlah dari rebung bermaksud mendidik anak biarlah dari kecil. Ini kerana didikan awal ibu bapa terhadap anak-anak mereka akan menentukan tingkah laku dan perangai anak-anak apabila dewasa. Kebelakangan ini, gua perhatikan begitu sedikit kanak-kanak yang meminati aktiviti-aktiviti luar rumah atau outdoor termasuklah sukan memancing ini. Kebanyakan mereka lebih suka berada di rumah atau cyber cafe melayari internet atau bermain permainan video. Bagi gua, tiada salahnya tetapi haruslah seimbang antara indoor dan outdoor. Aktiviti outdoor ni bukan saja dapat menyihatkan tubuh badan malah dapat juga bersosial dengan rakan-rakan. Semasa kecil-kecil gua suka melastik burung, bermain guli, mandi sungai dan juga memancing. Semua ini masih dikira aktiviti outdoor!

Aktiviti memancing merupakan aktiviti outdoor yang menyeronokkan jika dilakukan dengan betul

Ikan yang di tangkap menambahkan lagi keseronokan aktiviti memancing 

Orang dewasa haruslah memberi tunjuk ajar terhadap kanak-kanak disamping menjaga keselamatan mereka  semasa menjalankan aktiviti outdoor

kanak-kanak dapat mengenali jenis-jenis ikan tempatan kita 

Gambar yang ditangkap menjadi kenangan yang indah bagi kanak-kanak  apabila mereka dewasa nanti

Melentur buluh biarlah dari rebung!!!

No comments:

Post a Comment

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left