Thursday, July 12, 2012

Episod Memancing Udang Galah

Selama hampir sebulan gua mempelajari teknik dan taktik memancing udang galah dari sifu udang galah gua iaitu Syahrul atau mesra dengan panggilan Yo. Bukan senang nak memancing sang sepit biru ini jika tidak kena pada caranya. Memancing udang galah ada seninya yang tersendiri tidak seperti memancing ikan. Jika tidak menghayati seni ini peluang untuk menjinakkan udang galah sangatlah tipis. Antara seni yang gua maksudkan ialah cara cangkuk umpan, melihat getuan pada joran, membalas sentapan, dan mengarau. Untuk   memahaminya anda haruslah mencubanya sendiri.

Sifu udang galah, Yo bersama udang galahnya

Umpan terbaik untuk memancing udang galah termasuklah anak udang, cacing, dan jantung ayam

Udang galah yang berlumut seperti ini mempunyai pelbagai nama timangan seperti Jenggo,  Jerangkung,  dan Pok Kodir

Rumah rakit Pok Mat, salah satu port kegemaran pemancing udang galah sekitar Pasir Mas

Banyak udang galah berlegar-legar sekitar rumah rakit ini mencari makanan

Hitam legam si jenggo ini

Udang galah seumpama ini selalunya akan melarikan umpan ke jerumunnya oleh itu pemancing haruslah mempunyai kepakaran untuk memujuknya keluar

Belida kadang-kadang akan memakan umpan yang digunakan untuk memancing udang galah

Antara udang galah terbesar yang pernah gua dapat



2 comments:

  1. Nice bro..x de buaye ke?kt swak ni payah cket..buaya bmain bsame udang nih.

    ReplyDelete

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left