Wednesday, July 11, 2012

Darul Naim Anglers Gathering & Trip Chiku

Perjumpaan bertujuan untuk beramah mesra antara ahli-ahli Darul Naim Anglers (DNA) telah diadakan di Kolam 8 Pari yang terletak di Pengkalan Chepa. Ahli DNA yang menghadiri perjumpaan ini telah dihidangkan dengan BBQ ikan siakap yang di sumbangkan oleh jawatankuasa kelab. Acara mengilat siakap kolam juga diadakan bagi memeriahkan lagi majlis. 

Selepas berakhirnya majlis, beberapa pengilat tegar DNA bersiap sedia untuk bertolak ke Kuala Krai bagi melaksanakan misi memburu badong Sungai Chiku. Walaupun trip tersebut gagal mendaratkan badong, namun ukuwahfillah yang terjalin di antara ahli kelab lebih bermakna. 

Antara ahli Darul Naim Anglers yang hadir

Peserta trip memburu badong bergambar di atas Jambatan Sungai Chiku sebelum  beraksi

Satu-satunya sebarau rempit yang tertewas pada trip kali ini oleh Aliff menggunakan Siam spoon

No comments:

Post a Comment

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left