Monday, July 11, 2011

Trip 'Outstation'

Gua selalu 'outstation' ke negeri-negeri luar seperti Perak dan Terengganu. Kadang-kadang sehingga ke Thailand. Jika kena pergi 'outstation' senjata perang akan sentiasa berada dalam kereta. Di sepanjang perjalanan gua akan berhenti dan singgah di mana-mana sahaja pada pandangan mata gua mempunyai potensi untuk dicuba mengilat. 

Cuba teka dekat mana ni?

Singgah Tasik Raban meninjau kegiatan pendatang tanpa izin aka peacock bass namun hampa.

Nun di kejauhan adalah resort Tasik Raban, tempat yang sesuai untuk bermalam jika ingin mengadakan trip di sini.

Satu-satunya haruan yang sudi membaham gewang katak gua. Jadilah untuk trip 'outstation' ini.

No comments:

Post a Comment

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left