Tuesday, June 14, 2011

M & M

Mesti lu orang tertanya-tanya kenapa tajuk entri gua kali ini adalah double M kan? Ini tiada kaitan dengan nama jenama cokelat mahupun sistem perniagaan berpiramid. M & M sebenarnya adalah nama sahabat gua merangkap ladies angler yang hardcore dalam team GLC ini iaitu Mokte dan Mizah.

Semasa menuntut di universiti, mereka berdua gemar memancing di lombong-lombong berhampiran dan menjadikannya sebagai aktiviti riadah wajib apabila berkelapangan. Teknik pancingan yang selalu dipraktikkan oleh mereka adalah teknik sembat menggunakan joran teleskopik.

Walaupun masih baru dalam dunia hobi hanyir ini, namun keupayaan mereka mengendalikan peralatan pancing dan melakukan perkara-perkara berkaitan seperti mengikat tali, memasang umpan dan melepaskan ikan dari mata kail tidak dapat dinafikan.

Antara ikan yang selalu ditewaskan oleh mereka berdua adalah ikan tilapia, lohan, puyu, dan kepar. Ikan-ikan yang berjaya dipancing oleh mereka akan dilepaskan kembali ke habitat asal. Inilah perkara yang patut dibanggakan dengan mereka. Kesedaran untuk mengamalkan amalan tangkap dan lepas lahir dengan sendirinya dalam diri mereka. Syabas!

Intan Izura aka Mokte.
     
Amizah aka Mizah.

Terbit atau terbenam?

Mana ikannya kak oi?

Dari mengikat matakail, memasang umpan sehinggalah membuang ikan dari matakail semuanya dilakukan sendiri oleh mereka berdua.

Walaupun ikam-ikan kecil menjadi sasaran namun tetap menghiburkan.

Gaya seorang gadis pemancing (lady angler).

Tergantung tak bertali.

Tersenyum apabila berjaya memujuk tilapia sebesar tapak tangan yang agak culas memakan umpan.

mmuahhhhhh!!!

Sedang memberi tunjuk ajar dimana untuk mencari sarang si tilapia.

Memancing takkala matahari terbenam memjanjikan seribu kedamaian.

2 comments:

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left