Wednesday, April 13, 2011

Lombong Rohu Sekangkang Kera


Satu komplot memancing telah dirancang untuk memburu ikan-ikan yang dipercayai masih banyak berkeliaran di lombong itik Taman Maju. Pukul 6.30 pagi gua, Epul dan Topek dengan bersemangat menuju ke lokasi dengan seribu harapan agar banyak ikan yang akan ditewaskan pada hari ini kerana kami bermula dari pagi lagi. Andaian kami bahawa memancing dalam jangka masa yang panjang akan meningkatkan peratusan untuk mendapatkan ikan. 

Jam menginjak pukul 9 pagi. Satu getuan pun kami tidak terima dari penghuni air. Usahkan tongsan atau rohu, si tilapia pun tidak nampak batang hidung. Kami walau bagaimanapun tetap tidak berputus asa dan sabar menunggu sambil sekali sekala memeriksa umpan walaupun tidak diusik ikan kerana bimbang hancur akibat direndam terlalu lama. Pukul 10 pagi dua orang lagi sahabat gua, Pali dan Poman datang menyertai kami. 

Pukul 12 tengah hari tangkapan masih kosong. Kami mula hampir berputus asa. Sekurang-kurangnya jumlah pancing kami pada ketika itu sebanyak 8 set berceracak di tepi lombong namun satu pun tidak berjaya menarik perhatian ikan. Bermacam-macam umpan telah dicuba. Cakap apa saja, roti, dedak, perisa pandan, strawberi sehinggakan buah liar yang tumbuh di tepi lombong diambil untuk dijadikan umpan. Bermacam teori dan andaian juga dibuat. Ikan makan petang lah, ikan makan dedak itik lah, dan pelbagai lagi sehingga ada yang tidak masuk akal. 

Ketika kami masih kebuntuan, tiba-tiba datang sebuah kereta bertanya khabar hasil kami. Apabila mendapat tahu yang kami kumpau teruk, brader-brader yang singgah itu memberi cadangan supaya kami mengikut mereka untuk ke lombong yang ingin mereka tuju. Mengikut mereka untuk memancing ikan-ikan lombong terutamanya rohu, kita perlu lihat sama ada ikan-ikan tersebut ada timbul menghirup udara atau tidak. Kami bagai orang mengantuk disorong bantal terus mengemaskan barang-barang dan mengikut brader-brader tersebut ke lokasi mereka. 

Di lokasi baru, kami dapat melihat perbezaan berbanding lokasi pancingan kami terdahulu. Kami dapat lihat permukaan air berkocak apabila rohu-rohu timbul mengambil udara sambil melibas-libas ekornya di permukaan air. Namun begitu, port ini tidak besar ibarat sekangkang kera sahaja luasnya. Di tambah dengan semak samun di tepi lombong tersebut, tempat untuk parking joran agak terhad. Kami terpaksa meletakkan joran secara dekat di antara satu sama lain. Dah macam pertandingan memancing lagaknya!

Tidak sampai 15 minit melabuhkan umpan, salah seorang brader tadi telah berjaya menewaskan seekor rohu. Selepas seketika, kami juga berjaya mendaratkan beberapa ekor rohu bersilih ganti dengan brader-brader tersebut. Kami begitu seronok sekali melayan rohu-rohu tersebut sehingga tidak sedar hari telah beransur petang. Apa pun kami begitu berterima kasih kepada brader-brader tersebut kerana telah membawa kami ke lokasi mereka ini dan sekaligus menghapuskan kekumpauan kami pada hari itu. Arigato Bro!

pali sedang fight rohu
 walaupun kecil tapi cukup kuat melawan
Epul diasak rohu. penggunaan rod udang dan tali tangsi 6lb memberikan perlawanan yang mengasyikkan
pertolongan sauk diberi kerana agak sukar untuk mendaratkan ikan lantaran semak samun yang berselirat
Topek tersenyum gembira dengan hasil rohu beliau setelah separuh hari kumpau di lokasi pertama
gua interprem ikan yang dipancing Poman

2 comments:

  1. Kat mana ni..?? Teman org sri iskandar.. Puas cari tp x jumpa2 lubuk rohu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lombong itik kg pisang pon bnyk rohu yob,awk pegi jarang la mangko miker blh cube le

      Delete

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left