Sunday, May 24, 2015

Misi Baung Tasik Pergau

Setelah sekian lama merancang untuk memancing baung, akhirnya terlaksana jua. Tempat yang dipilih untuk trip memancing baung kali ini adalah di Tasik Pergau. Selama semalaman Syahrul, Hanapiah, dan gua sendiri berkampung di atas pulau KESEDAR di tengah-tengah Tasik Pergau demi mencari si ikan baung. Misi baung ini hampir dikecewakan oleh hujan lebat. Hanya separuh malam sahaja kami dapat memancing dek hujan lebat yang mencurah-curah dari lewat petang menginjak ke jam satu pagi. Namun, kami tetap berpuas hati dengan hasil yang diperolehi. InsyaAllah trip memburu baung akan direpeat!!

Berehat sebentar setelah 2 jam berkereta dari Pasir Mas 

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan khidmat yang ditawarkan di Tasik Pergau seperti sewaan bot atau chalet boleh hubungi Che Zaaba atau Wak Rastam. 
   
Antara bot yang boleh dsewa jika ingin memancing di Tasik Pergau 

Dalam perjalanan menuju ke Pulau KESEDAR yang terletak kira-kira 10 minit menaiki bot dari jeti

Wak Rastam, penjaga jeti Tasik Pergau, peramah orangnya

Sebanyak RM 4 satu kepala dikenakan sebagai sewa tapak jika ingin berkhemah di atas Pulau KESEDAR ini. 

"Banyak sekali barangnya" kata Wak kepada kami...hehe

Inilah penginapan 5 bintang kami selama semalaman

Syahrul dan Hanapiah membuat pancang melintang yang akan digunakan untuk menyandar rod bagi memancing baung

Menyediakan makan malam sebelum suasana bertukar gelap 

Ikan selayang gorang kunyit

Ikan selayang smoked

Juadah ringkas tapi menyelerakan lebih-lebih lagi di tengah-tengah hutan dan tasik 

Jemput makan semua!

Akibat hujan lebat yang agak lama, dan tempoh memancing yang singkat, hanya ini sahaja baung yang dapat kami bertiga dapat. Trip susulan akan dirancang dalam masa terdekat,insyaALLAH. 

Sunday, May 10, 2015

Trip Mersing

Trip Memancing di perairan Mersing selama 3 hari 2 malam. Let the pictures do talking.....











Saturday, April 4, 2015

Sesterian Pancing Santai di Natural Exotic Fish Fishing Pond, Rawang

Sekali lagi gua dan sahabat Sesterian bertandang ke Natural Exotic Fish Fishing Pond yang terletak di Rawang untuk memancing sambil berfish-low-talk serta melakukan pembalasan sipitung ke atas monster kolam yang memutuskan tali pada trip yang lepas. Trip disertai oleh lima orang Sesterian iaitu Ajis, Paih, Pedi, Pali dan gua sendiri.  1 set pancing tugas berat serta 2 set tugas sederhana dipertaruhkan untuk menentang si monster kolam. Namun, sekali lagi percaturan kami tersilap. Nyata, set pancing tugas sederhana dengan kekuatan tali 20lb hingga 30lb bukanlah set yang ideal untuk ikan berstatus monster di kolam ini. Sekali lagi kami terpaksa menerima hakikat kejadian tali putus dihenjut si monster. Hanya Ajis yang mampu menjinakkan sang monster. Apa boleh buat, 'hidup ibarat roda, kadang kita di atas, kadang kita dibawah'....

Ajis dengan si monster pertamanya, Amazon redtail catfish

Amazon redtail ini ditewaskan hanya dengan menggunakan cacing. Nyata si keli Amazon tidak cerewet terhadap dietnya 

Orang baru, Paih sedang bertarung dengan sang monster 

Lesen sulung orang baru, Asian redtail catfish

Penangan si giant. Terkangkang mata kail Pedi dikerjakannya. 

Satu-satunya ikan 'kecil' yang berjaya gua tewaskan. Yang lain semua tusssss, putus tali daaa...

Penggunaan set sederhana seperti Pedi gunakan ini, rod Crossbeat 8-16lb serta reel Shimano Curado dimuatkan tali 20lb memang mengujakan untuk menentang si monster, namun jika tersilap langkah, boleh berputih mata dibuatnya. 

Jangan sekali-kali memandang rendah kekuatan sang perkasa ekor merah dari Amazon ini. Ibarat 'kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga'

"Hidup ibarat roda, kadang kita di atas, kadang kita dibawah" - Ajis, 2015 

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left