![]() |
| Haruan Batu Hampar. Jika diperhatikan sirip pektoralnya putus dan kesan luka telah sembuh menandakan ianya telah lama. |
Saturday, June 4, 2011
Haruan Batu Hampar
Gua casting secara solo di Batu Hampar berjaya menewaskan seekor haruan seberat 700g. Haruan ini mengalami sedikit kecacatan dimana sirip pektoralnya hilang sebelah. Mungkin angkara toman atau biawak. Haruan ini ditewaskan menggunakan katak buyun Eupro Superior.
Thursday, June 2, 2011
Tasik Kenyir Bukan Tempat Memancing Semata
Bagi bukan kaki pancing, Tasik Kenyir juga sangat sesuai untuk aktiviti-aktiviti lasak atau santai seperti trekking, mandi-manda di air terjun, melawat santuari ikan kelah dan sebagainya. Selain itu, Tasik Kenyir juga menyediakan kedamaian dan ketenteraman bagi sesiapa yang ingin merehatkan minda dan melepaskan tekanan bekerja atau belajar. (bila Pak Cik Said nak bagi royalti kepada gua ni).
Dipendekkan cerita, trip terbaru gua dan rakan-rakan ke Tasik Kenyir pada kali ini tentu sekali bertujuan untuk merehatkan minda dan badan setelah selesai menamatkan program internship selama 8 bulan baru-baru ini. Trip ini disertai oleh kanak-kanak riang UTP, saudara Ajis Pailang, Amir Baung King, dan Don The Donut.
Let the picture story everything…
![]() |
| "Binalah Hidup Sihat" |
![]() |
| Menunggu ketibaan flight aka house bot |
![]() |
| House bot tekong Siam yang bakal menjadi penginapan kami untuk 3 hari 2 malam |
![]() |
| Sebelum berlepas |
![]() |
| Ahlul komplot di depan bahtera TKP 27 |
![]() |
| Kedamaian yang tidak dapat dicari di tempat lain |
![]() |
| Sesekali sesi berborak dikejutkan dengan bunyi loceng menandakan ikan mengetu umpan |
![]() |
| Memburu sang kelah |
![]() |
| Nak joget lambak sambil pasang lagu kuat-kuat pun boleh |
![]() |
| Stone Cold vs The Rock |
![]() |
| Lompatan 'hanya aku sorang pandai melompat' |
![]() |
| Benih kelah dibawa pulang untuk dibela dalam aquarium |
Santai di Jeti Star Cruise Awana Kijal
Trip memancing santai gua bersama kawan-kawan semasa internship di Paka, Terengganu. Destinasi memancing sambil santai kami pada kali ini adalah di Jeti Star Cruise lama yang terletak di Kijal, Kemaman.
Jeti lama yang tidak digunakan lagi itu menjadi tempat yang ideal bagi pemancing-pemancing tempatan melabuhkan joran masing-masing kerana kedudukan jeti tersebut yang mengunjur ke tengah laut membolehkan umpan di lontar terus ke sarang sang ikan.
Semasa kunjungan kami, sotong juga didapati banyak bermain di sekitar jeti. Rata-rata pemancing tempatan yang kami temui di situ sibuk menghayun mata candat untuk memikat sotong yang banyak berkeliaran di sekitar jeti. Namun demikian, joran-joran surfcast yang panjang melangit juga kelihatan terpacak yang disasarkan untuk ikan-ikan pemangsa seperti pari, gerong belang, dan talang.
Bagi kami, kunjungan kami ke sana bukanlah untuk menyasarkan mana-mana spesies tapi sekadar untuk berhibur sambil meluangkan masa bersama-sama. Tambahan pula, trip kali ini disertai oleh muka-muka baru dunia pancingan termasuklah ladies angler. Apa saja jenis ikan tanpa mengira saiz yang berjaya dipancing akan berjaya memuaskan hati kami!
![]() |
| Joe dan Mizah |
![]() |
| Mokte, Anis, dan Jiah |
![]() |
| Antara ahlul komplot yang menyertai sesi pancingan santai |
![]() |
| Mokte terbang ditiup angin |
![]() |
| Hobi sebenar saya adalah bergambar |
![]() |
| Ikan bilis |
![]() |
| Saya tak kisah orang lain dapat ikan ke tak janji saya dapat bergambar |
![]() |
| Mokte bersama hasil tangkapan pertamanya iaitu seekor ketam |
![]() |
| Penghujung jeti |
![]() |
| Besar dapat ikan kak? |
![]() |
| Ladies angler bersama si todak |
![]() |
| Walaupun tak dapat ikan saya tetap gembira! |
![]() |
| Antara hasil tangkapan, ikan kunyit dan selipar buruk |
![]() |
| "Yess, saya dapat ikan!" |
![]() |
| Penyandat sotong tegar, saudara Joe |
![]() |
| Ikan kunyit mendominasi hasil tangkapan selain todak dan sotong |
| Jeti Star Cruise yang tidak digunakan lagi menjadi tempat pemancing beradu nasib setiap petang |
Subscribe to:
Posts (Atom)




























