Bagi bukan kaki pancing, Tasik Kenyir juga sangat sesuai untuk aktiviti-aktiviti lasak atau santai seperti trekking, mandi-manda di air terjun, melawat santuari ikan kelah dan sebagainya. Selain itu, Tasik Kenyir juga menyediakan kedamaian dan ketenteraman bagi sesiapa yang ingin merehatkan minda dan melepaskan tekanan bekerja atau belajar. (bila Pak Cik Said nak bagi royalti kepada gua ni).
Dipendekkan cerita, trip terbaru gua dan rakan-rakan ke Tasik Kenyir pada kali ini tentu sekali bertujuan untuk merehatkan minda dan badan setelah selesai menamatkan program internship selama 8 bulan baru-baru ini. Trip ini disertai oleh kanak-kanak riang UTP, saudara Ajis Pailang, Amir Baung King, dan Don The Donut.
Let the picture story everything…
|
"Binalah Hidup Sihat" |
|
Menunggu ketibaan flight aka house bot |
|
House bot tekong Siam yang bakal menjadi penginapan kami untuk 3 hari 2 malam |
|
Sebelum berlepas |
|
Ahlul komplot di depan bahtera TKP 27 |
|
Kedamaian yang tidak dapat dicari di tempat lain |
|
Sesekali sesi berborak dikejutkan dengan bunyi loceng menandakan ikan mengetu umpan |
|
Memburu sang kelah |
|
Nak joget lambak sambil pasang lagu kuat-kuat pun boleh |
|
Stone Cold vs The Rock |
|
Lompatan 'hanya aku sorang pandai melompat' |
|
Benih kelah dibawa pulang untuk dibela dalam aquarium |
No comments:
Post a Comment