Trip memancing santai gua bersama kawan-kawan semasa internship di Paka, Terengganu. Destinasi memancing sambil santai kami pada kali ini adalah di Jeti Star Cruise lama yang terletak di Kijal, Kemaman.
Jeti lama yang tidak digunakan lagi itu menjadi tempat yang ideal bagi pemancing-pemancing tempatan melabuhkan joran masing-masing kerana kedudukan jeti tersebut yang mengunjur ke tengah laut membolehkan umpan di lontar terus ke sarang sang ikan.
Semasa kunjungan kami, sotong juga didapati banyak bermain di sekitar jeti. Rata-rata pemancing tempatan yang kami temui di situ sibuk menghayun mata candat untuk memikat sotong yang banyak berkeliaran di sekitar jeti. Namun demikian, joran-joran surfcast yang panjang melangit juga kelihatan terpacak yang disasarkan untuk ikan-ikan pemangsa seperti pari, gerong belang, dan talang.
Bagi kami, kunjungan kami ke sana bukanlah untuk menyasarkan mana-mana spesies tapi sekadar untuk berhibur sambil meluangkan masa bersama-sama. Tambahan pula, trip kali ini disertai oleh muka-muka baru dunia pancingan termasuklah ladies angler. Apa saja jenis ikan tanpa mengira saiz yang berjaya dipancing akan berjaya memuaskan hati kami!
|
Joe dan Mizah |
|
Mokte, Anis, dan Jiah |
|
Antara ahlul komplot yang menyertai sesi pancingan santai
|
|
Mokte terbang ditiup angin
|
|
Hobi sebenar saya adalah bergambar |
|
Ikan bilis |
|
Saya tak kisah orang lain dapat ikan ke tak janji saya dapat bergambar |
|
Mokte bersama hasil tangkapan pertamanya iaitu seekor ketam |
|
Penghujung jeti |
|
Besar dapat ikan kak? |
|
Ladies angler bersama si todak |
|
Walaupun tak dapat ikan saya tetap gembira! |
|
Antara hasil tangkapan, ikan kunyit dan selipar buruk |
|
"Yess, saya dapat ikan!" |
|
Penyandat sotong tegar, saudara Joe |
|
Ikan kunyit mendominasi hasil tangkapan selain todak dan sotong |
|
Jeti Star Cruise yang tidak digunakan lagi menjadi tempat pemancing beradu nasib setiap petang |
Tq
ReplyDeleteTq
ReplyDelete