Tuesday, September 3, 2013

Sikang Lata Janggut

Lata Janggut terletak di dalam Jajahan Jeli, Kelantan merupakan sebuah pusat rekreasi air terjun. Trip gua bersama rakan caster ke sana baru-baru ini adalah untuk memburu spesies ikan yang dianggap 'rare' dan 'elusive' iaitu ikan sikang yang dikatakan masih banyak terdapat di Lata Janggut ini. 

Kami dihiburkan oleh itik serati yang jinak di kedai yang kami singgah untuk bersarapan

Suasana yang tenang di Lata Janggut 

Saufi sedang tekun memujuk si sikang 

Sikang pertama ditewaskan oleh Syahrul menggunakan sesudu mikro ekonomi jenama Bakau. Penggunaan mata kail bersaiz kecil amat penting untuk memastikan kadar hookup yang lebih efisyen

Selamat dilepaskan kembali ke habitat asalnya

Sikang dilihat lebih aktif pada waktu tengah hari yang panas berbanding pada waktu petang yang redup 

Sikang akan mengejar sesudu dan menghentam sesudu secara berkumpulan. Henjutan yang perlahan sudah mencukupi untuk memastikan mata kail tertancap kemas di mulut si sikang 

Sebarau juvenile yang berkongsi habitat dengan sikang turut tergoda oleh gelekan sesudu 

Semoga membesar dengan selamat dan berjumpa lagi di masa hadapan!

Lesen sikang Apis juga digoda menggunakan sesudu Bakau. Murah dan berkesan! 

Spesimen terbesar trip kami pada kali ini ditewaskan oleh Apis

Apis yang mendapat bonus, seekor bujuk!

Setelah seharian penat mengilat, kita mandi duluuuuu!!!

2 comments:

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left