Selepas berlalunya bulan puasa dan hari raya, gua dan rakan-rakan caster kembali aktif memancing. Selalunya gua akan turun memancing selepas habis waktu bekerja dan juga pada hujung minggu. Jika turun mengilat, lokasi pilihan gua adalah sekitar Kubang Pak Hitam dan Jeram Perdah terutamanya di lubuk baru yang diketahui melalui seorang kenalan caster iaitu Herry dan lubuk ini dinamakan sebagai Lubuk Herry sempena beliau selaku orang yang menemuinya. Antara ikan yang terdapat di Lubuk Herry adalah toman, sebarau, haruan, dan bujuk.
Manakala jika memancing secara teknik bottom, lokasi yang masih menjadi pilihan setia gua tidak lain tidak bukan adalah di Rakit Pok Mat. Bukan apa, lokasinya tidak jauh dari rumah gua selain mudah untuk mendapatkan umpan di sana iaitu anak udang untuk memancing udang galah dan ikan seperti belida dan cangka lulang.
Untuk air masin pula, gua lebih gemar berkunjung ke daerah Bachok untuk mengilat spesies muara iaitu siakap putih dan siakap merah. Namun, kadang-kadang haruan dan toman lebih pantas menyambar gewang kerana kedua-dua spesies snakehead ini turut berkongsi habitat dengan ikan siakap.
|
Sebarau sulung Syahrul di Lubuk Herry ditewaskan menggunakan Ofmer MJ Pop |
|
16 inci atau lebih kurang 43 cm |
|
Haruan Syahrul di Lubuk Herry |
|
Bujuk gemuk ini ditewaskan dengan softplastic Trigger-X juga di Lubuk Herry |
|
13 inci |
|
Belida milik Abe Yob ini dijinakkan dengan umpan udang di Rakit Pok Mat |
|
Haruan yang berkongsi habitat dengan siakap di Bachok ini tertipu dengan lompatan jumpfrog buatan tangan Ab Apis |
Lubuk hery tu kt mana bos?
ReplyDelete