Kolam Tow Foo yang terletak di Sungai Buluh berhampiran Tasik Biru,Kundang adalah sebuah kolam memancing yang mengamalkan konsep tangkap & lepas. Dengan harga yang berpatutan iaitu RM18 untuk 12jam memancing, anda boleh memancing dengan sepuas-puasnya. Kehadiran spesies-spesies ikan seperti patin, pacu, tongsan, lee koh dan sebagainya dari yang bersize kecil sehingga yang gadang menjanjikan perlawanan yang akan dikenang oleh anda sampai bila-bila. (Ayat skema untuk tujuan promosi).
Pendek cerita gua ke Kolam Tow Foo baru-baru ni. Kolam ni memang best. Harga murah dan kita boleh memancing sampai lebam. Di sini ada beberapa buah kolam dan semua kolam dibenarkan untuk memancing. Tapi selalunya orang akan tertumpu di kolam utama yang paling luas sebab ikan di kolam ini banyak yang gadang-gadang.
Satu lagi best pasal kolam ni adalah pemancing boleh mengaplikasikan semua teknik memancing sama ada bottom, casting mahupun ‘fly fishing’ dengan syarat semua ikan wajib dilepaskan semula. Wajib ye tak ada sunat-sunat.
Kolam Tow Foo ni menjadi pilihan kami jika ingin memancing sambil santai. Sambil-sambil tunggu drag meraung dan joran melentur, kami boleh lepak-lepak sambil main ‘Royale’. Nak bawa khemah dan camping dalam tu pun tak menjadi masalah.
Ikan-ikan dalam kolam utama tu memang besar-besar tapi mungkin rezeki tak memihak kepada kami. Cuma jelawat dan pacu bersize bawah 5kg saja sudi dengan umpan kami. Apa pun kami memang enjoy dengan trip ini. Sebagai pemancing rekreasi, ikan yang diperolehi merupakan bonus, dan apa yang penting adalah persahabatan kami yang bertambah erat.
|
Singgah di kedai pancing untuk membeli apa yang patut sebelum perjalanan diteruskan ke Sungai Buluh. |
|
Mengutip buah kelapa sawit untuk dijadikan umpan. |
|
Singgah makan sebelum memulakan sesi pancingan. |
|
Pali orang pertama berjaya menewaskan sang ikan iaitu seekor jelawat. |
|
Jimi juga berjaya menjinakkan jelawat. Lebih besar berbanding jelawat sebelumnya. |
|
Semasa hujan renyai-renyai ikan didapati begitu galak menjamah umpan. Banyak kejadian tali putus dipercayai angkara pacu gadang. Pacu linkungan 4kg ini ditewaskan Meji pada jam 4 pagi sewaktu hujan renyai-renyai. |
|
Gua dengan pacu terbesar trip ini. Juga dijinakkan sewaktu keadaan masih hujan. |
Bile nk repeat b0h??
ReplyDeleteilmu penuh di dada d0h leni x mcm dlu
abes ngaji ni kite celebrate..ejas trip mane2,nk ngail puah ni ngan hati yg tenang..hahaha
ReplyDelete