Sunday, May 8, 2011

Peacock Bass (Artikle gua mengarut sebab tak dapat tidur)


Suatu masa dulu di Kampung Pisang banyak zombie. Tapi sekarang sudah pupus. Kena tembak oleh anak Si Mamat yang gila menembak. 

Sekarang Kampung Pisang banyak peacock bass (pb). Bagi bukan kaki pancing, peacock bass ni sejenis ikan. Asalnya dari Amazon yang terletak di Amerika Selatan dan dibawa masuk ke Malaysia sebagai ikan hiasan sebelum terlepas ke habitat liar. (terlepas atau dilepaskan). Ikan ini mampu mengadaptasi dan membiak dengan baik di sini kerana mempunyai iklim yang sama dengan tempat asalnya.  

Spesies ikan ini mejadi perdebatan hangat di kalangan ahli biologi sebagai ikan penjarah atau ‘invader spesies’. Kehadiran ikan ini di perairan kita dikatakan mampu mengancam sistem ekosistem di tempat kita. Ini kerana ciri-ciri ikan ini yang ganas, pelahap, dan garang menjaga anak. 

Kalau nak tahu dengan lebih lanjut lagi silalah menggunakan perkhidmatan percuma ‘google’. Di kalangan kaki pancing ikan ini digilai kerana ia merupakan spesies pemangsa yang membaham gewang sama seperti toman dan sebarau kita. Oh ye, nama Malaysia bagi ikan ini adalah ‘ikan raja’. Baru je datang sini dah dapat jadi raja. 

Gua saja bagi intro pasal ikan ni kerana semasa melayari forum-forum memancing tanah air dan juga fb gua sendiri, masih ada di kalangan kaki pancing yang bertanya pasal ikan ni:

“ikan ape ni bro?”

“cantiknya ikan, boleh makan ke ikan ni bro?”

“ikan ni kalau nak mancen pakai umpan ape bro?”

Begitulah lebih kurang soalan yang ditanya. Sekali lagi, silalah menggunakan perkhidmatan percuma ‘google’ untuk maklumat lanjut. Sila taip ‘peacock bass’ atau ‘cichla monoculus’. Nanti keluar yang besar-besar tu bukanlah monoculus tapi temensis yang dekat Amazon sana. Itu abang saudara dia belah mak tiri abang ipar dia. 

Ok.berbalik kepada cerita pb Kampung Pisang. Selepas penjajahan zombie berjaya ditamatkan, spesies lain pula menjajah Kampung Pisang iaitu peacock bass ringkasnya pb. 

Disebabkan anak Si Mamat dah besar dan melanjutkan pelajaran di luar negara, maka gua dan kawan-kawan terpaksa ambil alih tugas anak Si Mamat membasmi spesies penjajah ini. (Sebenarnya tak basmi pun sebab kami lepaskan semula hatta ia spesies kontroversi).

Seminggu sekali kami akan ke Kampung Pisang untuk mengintai dan mengesan gerakan musuh (pb). Sekali-sekala terserempak juga saki baki zombie yang sedang ‘high’ baru lepas makan otak.  

Atas usaha kami, setakat ini pb Kampung Pisang masih di tahap yang selamat. Apa yang membimbangkan adalah di Tasik Raban yang dilaporkan telah berjaya spesies pb ini diberkas. Jika sekarang ini ia berada di Tasik Raban, tidak mustahil ia mampu meluaskan empayarnya sehingga ke negeri-negeri lain terutamanya Kelantan dan Terengganu yang bersempadan dengan Perak dan dikatakan mempunyai saliran sungai yang bersambung. 

Gua harap akan ada usaha-usaha dilakukan untuk mencegah dari berlakunya kejadian kemasukan pb ke tempat-tempat lain seperti Tasik Banding, Tasik Temenggor, Tasik Pergau atau Tasik Kenyir. Jika semua ini berlaku alamat pupus habislah ikan-ikan tempatan kita. 

Kepada anak Si Mamat, khidmat anda amat-amatlah diperlukan sekarang. Diharapkan agar anda dapat menghabiskan pengajian dengan kadar yang segera dan pulang ke tanah air dengan kadar yang segera. Kami menanti kepulangan anda!      

Bukaan mulut yang luas membolehkan spesies ini menelan mangsa yang besar.

Pakai bulu (spinfly) pun dihentamnya.

Bonggol dikepala menandakan spesimen jantan.

Jika spesies ini berjaya menerobos sehingga ke Tasik-tasik tersohor di negara kita, ancaman kepupusan terhadap spesies-spesies tempatan tidak dapat dielakkan lagi.

No comments:

Post a Comment

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left